Home » , » Rentehan Tanah Kerajaan Dan Dasar Tanah Kerajaan Kelantan

Rentehan Tanah Kerajaan Dan Dasar Tanah Kerajaan Kelantan

Written By Wadah Baru on Rabu, 16 Mac 2016 | 4:38 PTG


Oleh Che Ibrahim Mohamed 

Pagi ni ambo nak berkongsi pengalaman dgn rakan2 fb berhubung rentahan tanah kerajaan dan dasar
hak milik tanah Kerajaan Kelantan. Daripada walauta dan penyokong tegar parti lama dok fitnah koksir bab tanah, baik kongsi pengalaman ambo ni kalu2 ada faedahnya utk anak beranak atau waris waros yg berminat dgn tanah hutan atau memohon tanah dgn kerajaan.

Kerajaan Kelantan tidak pernah menghalang rakyatnya buat rentahan tanah kerajaan bagi tujuan mendapat hakmilik tanah tertakluk kpd syarat2 yg ditetapkan oleh kerajaan, antaranya ialah:
1. Tanah yg hendak direntah hendaklah tanah kerajaan/state land yg belum diberi milik kpd sesiapa.
2. Keluasan yg direntah hendaklah tidak lebih drp 3 ekar satu lot bagi lot pertanian( utk lot rumah dan dusun ambo tak ingat keluasan yg dibolehkan)


3. Pemohon hendaklah rakyat Kelantan yg belum memiliki tanah atau memiliki tanah yg ada geran tidak lebih drp 6 ekar.


Cara rentahan/permohonan.

1. Kenal pasti tanah yg nak direntah, pastikan tanah kerajaan status state land, bukan rezab hutan/hutan simpan atau apa2 rezab lain atau yg telah diluluskan kpd pihak lain.

2. Buat pelan kasar kawasan rentahan dgn bantuan jurukur swasta atau SO pej tanah.

3. Jika kawasan yg direntah melebihi 50 ekar drp sempadan terdekat tanah yg sudah bergeran, kelulusan dasar drp exco perlu diperolehi terlebih dulu, jika kurang drp 50 ekar, lazimnya JKuasa Tanah Jajahan ( JHET) boleh luluskan.

4. Tuan/puan boleh pilih untuk mengusahakan tanah tersebut sblm keluar kelulusan atau tunggu lulus dulu baru retah, tapi memandang tempoh kelulusan golibnya lambat, tuan/puan dinasihatkan retah tanah tersebut terlebih dulu utk elak direntah oleh orang lain.

5. Permohonan boleh dibuat dgn mengisi Borang Jadual 1 yg boleh dibeli di pej tanah, dptkan sokongan penghulu mukim dan sokongan wakil rakyat/penyelia DUN dan serahkan di pej tanah bersama dokumen2 yg diperlukan.

6. Selepas pohon, pej tanah akan angkat kpd jkuasa hal ehwal tanah jajahan utk perakuan sblm diangkat kpd exco utk kelulusan.

7. Pejabat Tanah akan minta pemohon membayar deposit penuh ( sekitar rm6k - rm9k bagi satu lot seluas 3 ekar) semasa Borang Jadual 1 diserahkan di pej tanah sbg syarat permohonan hakmilik tanah, deposit ini boleh dituntut balik jika permohonan tidak diluluskan.

Parti Amanah Negara Negeri Kelantan insyaAllah akan membuat satu dasar khas berhubung permohonan dan penyelesaian hak milik tanah di negeri Kelantan bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah yg banyak menyusahkan rakyat Kelantan di segi hak milik tanah dan merugikan Kerajaan Negeri di segi pungutan hasil/cukai tanah.

Sesiapa yg berminat kpd penjelasan lanjut, pm ambo

Che Ibrahim Mohamed
Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar
Merangkap Naib Pengerusi
Parti Amanah Negara Negeri Kelantan.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum,che ibrahim macam mana cara kita nak kenal pasti tanah yang belum dimiliki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy berhajat mohon tanah untuk buat rumah

      Padam
    2. sy berhajat mohon tanah untuk buat rumah

      Padam
  2. Assalamualaikum,che ibrahim macam mana cara kita nak kenal pasti tanah yang belum dimiliki?

    BalasPadam
  3. syarat (3. Pemohon hendaklah rakyat Kelantan yg belum memiliki tanah atau memiliki tanah yg ada geran tidak lebih drp 6 ekar.)
    ic luar boleh x mohon...
    ada cara x untuk mohon...
    sy ic 06..(pahang)
    email : z88har@gmail.com

    BalasPadam
  4. Assalamuaikum...sy nk memohon tanah utuk pertenakan lembu pedaging secara
    Biak dan pertanakan secara feedlot..mohon bantu .bagaimana utuk sy tahu suatu tanah itu belom dimiliki?

    BalasPadam
  5. Assalamuaikum...sy nk memohon tanah utuk pertenakan lembu pedaging secara
    Biak dan pertanakan secara feedlot..mohon bantu .bagaimana utuk sy tahu suatu tanah itu belom dimiliki?

    BalasPadam
  6. Blh sy dapatkan nombor fon che ibrahim. Sbb sy nk tahu lebih lnjut pasal nak memohon tanah kerajaan

    BalasPadam
  7. Sy ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan geran tanah selepas pemohon diluluskan

    BalasPadam
  8. Salam kalau tanah persisir pantai,bagaimana cara

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger