KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS-IKATAN bagi membentuk blok ketiga 
pembangkang tidak 
mampu membantu PAS pergi jauh pada masa akan datang.
Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan blok
 ketiga itu turut mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan pada 
Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana pembangkang kini 
berpecah dua.
“Bagi saya dari sudut demokrasi dan sudut amalan berkenaan itu 
terpulang kepada hak sesiapa sahaja tetapi pada percaturan untuk 
memastikan masa depan politik negara, saya tidak nampak ia dapat 
membantu kepada proses untuk kita ke hadapan.
“Proses negara demokrasi ini daripada sistem kepelbagaian parti 
kepada sistem dua parti tetapi kalau pelaksanaan ini berjalan saya lihat
 bahawa kita akan jadi tiga blok parti yakni daripada pembangkang. Itu 
tentu menyulitkan kepada rakyat. Saya tidak tahu sejauh mana proses apa 
yang akan dilakukan kepimpinan parti saya,” katanya kepada pemberita di 
Lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bukan menolak kerjasama itu tetapi melihat langkah itu akan menyukarkan PAS pada PRU14.
“Saya tidak kata saya tidak sokong, dari segi demokrasi itu nampak 
lebih rancak tetapi kepada proses pengubahan itu walaupun dia akan 
nampak kepelbagaian sudah tentu proses perubahan yang kita harapkan pada
 masa hadapan agak sukar,” katanya.
PAS hari ini mengumumkan penubuhan kerjasama politik dengan IKATAN 
bagi membentuk blok pembangkang ketiga, sekaligus menambah ‘warna’ 
politik tempatan.
Menurut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,kerjasama itu 
bertujuan mewujudkan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun 
yang sedang digagaskan PAS.
Tindakan PAS menubuhkan blok ketiga pembangkang telah menimbulkan 
pelbagai reaksi daripada parti pembangkang yang lain terutamanya bekas 
sekutu mereka DAP yang menolak pembentukan itu.
Kerjasama IKATAN tidak mampu bawa PAS pergi jauh
Written By Wadah Baru on Rabu, 16 Mac 2016 | 4:40 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan