Home » » Jika Pas adalah Mekah, wadah baru adalah Madinah

Jika Pas adalah Mekah, wadah baru adalah Madinah

Written By Wadah Baru on Isnin, 29 Jun 2015 | 9:46 PTG

Oleh Ahmad Dhuha Sobri

Apakah anda membenci PAS?

Jawapannya untuk anda saya tidak tahu, tetapi bagi saya sendiri. Saya tidak membenci PAS. Saya sayangkan PAS dan ahlinya.

Jika PAS adalah sebagai Mekah dan Wadah Baru adalah Madinah. Maka kita harus sedar bahawa Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bukan kerana benci Mekah. Tetapi adalah kerana Mekah bukan sebuah tempat yang subur untuk pengembangan Islam dalam masyarakat monokultur itu berbanding Madinah adalah masyarakat multikultur.

Begitulah juga sekarang ini PAS bukan lagi tempat yang subur untuk pengembangan Islam sebagai agama RahmatalLil 'alameen.

Di Mekah Rasulullah tidak terus meruntuhkan berhala di Kaabah, tetapi setelah beberapa tahun beliau di Madinah akhirnya berhala di Mekah diruntuh sendiri oleh penyembahnya yang satu ketika dahulu disembah penuh kegerunan  dengan tangan mereka sendiri.

Maka kita sebagai pemimpin dan pembimbing untuk wadah baru harus tidak menanamkan kebencian sebaliknya kasih sayang kepada PAS dan ahlinya dan wajib dengan gigih berusaha menarik seramai mungkin ahli PAS menyertai wadah baru dengan sebuah pemikiran yang tercerahkan (rausyan fikr).

Tindakan secara emosi mesti dielakkan oleh peringakat pemimpin dan pembimbing seperti mengarah lambang dan papan tanda PAS diruntuhkan segera dikampung halaman masing-masing adalah tindakan emosi.

Emosi tak terkawal biarlah hanya berlaku kepada ahli biasa wadah baru, jangan pula berjangkit kepada pemimpin dan menggalakkan sentimen kebencian tersebut.Kebencian tidak akan menghasilkan natijah yang baik sebalik akan dibalas pula dengan kebencian yang lebih jelek.

Jadilah kita semua duta kasih sayang untuk Islam RahmatalLil 'Alameen.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG UNTUK MEMBERI FIKIRAN YANG TERCERAHKAN (RAUSYAN FIKR) KEPADA SELURUH AHLI PAS DAN MASYARAKAT SIVIL MEMYERTAI WADAH BARU INI.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger