Home » » Melayu jadi cagaran Najib untuk kekal berkuasa

Melayu jadi cagaran Najib untuk kekal berkuasa

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 Disember 2015 | 9:56 PG

Oleh Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

Berkobar-kobar DS Najib berucap merasmikan Persidangan Agung Umno 2015 di hadapan 2654 perwakilan dari 191 bahagian Umno. Terdapat nada sinis kepada Timbalan Presiden TS Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Afdal dan mantan Presiden Umno Tun Mahathir. Keputusan Mesyuarat Kerja  Tertinggi Umno yang tidak membenarkan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap Umno dan terbaru hanya membenarkan Presiden sahaja yang membuat pergulungan pada hari terakhir merupakan keputusan luar biasa. Semuanya almaklum.

Setiap tahun laugan hidup Melayu kedengaran supaya Umno terus dipercayai, Tektik menakutkan perwakilan dan pemerhati dengan andaian jika Umno kalah, seolah-olah Melayu juga akan kehilangan kuasa. Sudah menjadi lumrah, melayu akan dijadikan bahan cagaran untuk kekalkan kuasa. Ini hanya skrip yang diulang tayang setiap tahun. Mereka tahu bahawa orang melayu terpengaruh dengan emosi, sehingga tidak sedar siapa yang menyebabkan melayu hilang taring dan kuasa politik dan ekonomi. Sepatutnya amanah yang digalas oleh Umno sejak merdeka  tidak kedengaran lagi melayu terpinggir daripada semua sudut, walau pun ada perubahan. Tetapi tidak sepadan dengan waktu yang diamanahkan untuk Umno mentadbir.

Walau pun penubuhan agensi  yang bertujuan untuk mengangkat darjat melayu masih tidak kesampaian. Walau pun adanya FAMA, Felda, Felcra,Lembaga Kemajuan Nelayan, Tekun, semuanya mendapat dokongan kerajaan, namun natijahnya gagal. Kerana sikap tidak amanah dan dikendalikan oleh mereka yang bukan ahlinya. Projek dianugerah bukan kerana merit, tetapi kerana parti. Berapa banyak tanah orang-orang melayu terlepas ke tangan orang lain, semuanya angkara tokoh-tokoh politik Umno yang rapat dengan pihak berkuasa. Saya tidak perlulah ulang beberapa fakta yang melibatkan orang Melayu seperti tanah rezab Melayu, royalti kepada Kelantan, diskriminasi pembahagian baja, subsidi masih lagi berlaku. Semuanya dilakukan oleh orang sesama bangsa, yang hari ini bertempit sorak hidup Melayu. InsyaAllah Pas bersedia menggantikan Umno untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

1 ulasan:

  1. Hidup Melayu! Ketuanan Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia! DAP akan perintah Melayu...PKR...! Amanah...! Dikudakan DAP......!adalah ratib pemempin2 Umno untuk terus sokong parti yangdah kena penyakit ED. Pak2 Pandir yang bodoh alang angguk tanda setuju. Sampai PRU pangkah lagi parti al-fasad ini!

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger