Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mendakwa "blok kuasa ketiga
pembangkang" yang ditubuhkan
hari ini antara partinya dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan.
Katanya, mereka turut memilih untuk membangkang secara nasihat dan pada masa yang sama menolak untuk menjadi pembangkang ekstrem sehingga menyusahkan rakyat.
“Memilih pendekatan bangkang tidak melulu, bangkang secara nasihat, bukan saja di parlimen, apa yang baik kerajaan buat kita sokong yang tak baik kita nasihat.
“Dalam masa yang sama kita tolak cara ekstrem yang menyusahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai perbezaan antara Pakatan Harapan dan "blok baru pembangkang" yang diterajuinya itu.
Beliau berkata PAS sedia menerima mana-mana parti yang boleh bersetuju dengan konsep blok baru pembangkang yang diterajuinya.
"Kita alu-alukan mana-mana pihak, parti politik lain yang boleh terima agenda kita," katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata agenda yang dibawa oleh blok baru pembangkang itu iaitu mengambil pendekatan matang.
"PAS dan seperti kenyataan itu memilih pendekatan matang masyarakat Malaysia dan tidak menerima langkah negatif yang wujud dalam kerajaan.
"Agenda kita untuk memperkasakan perlembagaan yang terima Islam sebagai agama persekutuan," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan