Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad
yang dipecat kerana mencabar
Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung
penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2013, hari ini mengangkat
sumpah sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ketua
Menteri, Lim Guan Eng, yang menyaksikan upacara angkat sumpah di Komtar
itu berkata, Zaidi ditugaskan untuk mengendalikan jalankan projek
kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin iaitu Agenda Ekonomi
Saksama (AES).
Lim
yakin Zaidi mampu memberi inspirasi kepada golongan belia untuk
meningkatkan taraf hidup mereka kerana adalah impian kebanyakan
kanak-kanak untuk menjadi seorang juruterbang.
"Bukan mudah untuk jadi seorang juruterbang," katanya pada sidang media bagi mengumumkan pelantikan Zaidi.
Lim
berkata Zaidi, yang juga adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah
Negara, bahagian Kepala Batas dipilih berdasarkan prinsip perjuangan
hidupnya.
"Beliau sedia berkorban kerana prinsip," katanya.
Zaidi
dilucutkan keanggotaanya dari TUDM selepas mahkamah tentera mendapati
beliau bersalah kerana membuat laporan polis pada pilihan raya umum 2013
berhubung dakwat kekal itu yang disifatkan sebagai melanggar etika
kerja.
Bekas Mejar Zaidi sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Written By Wadah Baru on Rabu, 16 Mac 2016 | 4:34 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan