KUALA LUMPUR: Persoalan banyak pihak akhirnya terjawab apabila Parti
Ikatan Bangsa Malaysia
(IKATAN) disahkan bergabung dengan parti PAS
sekaligus membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melahirkan rasa
terharu dan bangga apabila dipelawa menyertai salah satu parti yang
menjadi tunjang negara.
“Saya sendiri, telah rapat dengan PAS sejak keluar dari UMNO, saya
telah ikut PAS, jelajah ke merata tempat. Malah, dengan Datuk Seri Nik
Abdul Aziz Nik Mat juga pernah saya berceramah.
“Pada awalnya ramai yang pujuk supaya sertai PAS, tetapi saya percaya
kepada perjuangan UMNO dahulu. Iaitu negara ini kepunyaan rakyat,”
ujarnya dalam wawancara eksklusif
Jelas bekas menteri kabinet lagi, IKATAN akan membantu dan memberikan
sokongan kepada PAS memandangkan parti Islam itu salah satu parti
terbesar di Malaysia, selain UMNO.
“IKATAN sendiri, kami dilahirkan untuk generasi akan datang, bukan
pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kalau kita ambil peluang untuk PRU
akan datang, kita akan dilihat sebagai oportunis.
“InsyaAllah, kalau buat benda baik, tidak oportunis, rakyat akan faham dan pada waktu itu rakyat akan pilih kami,” jelasnya.
IKATAN yang menggunakan slogan ‘Bersatu Maju Adil Bahagia’ ditubuhkan
pada Jun 2012 tetapi hanya dilulusan pendaftarannya pada Mei 2015.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir memberitahu, IKATAN juga akan membantu
PAS untuk memperbetulkan masalah persepsi yang melanda parti Islam
berkenaan.
“Kalau orang bukan Melayu, Islam tahu apa yang dibawa oleh PAS
sebenarnya, sepatutnya mereka lebih sokong PAS dari UMNO. Ini cuma
masalah persepsi.
“Kami berharap, IKATAN dapat membantu PAS menukar persepsi yang
salah. Supaya PAS dapat diterima oleh rakyat sebagai sebuah parti yang
menghormati hak orang lain,” katanya lagi.
Abdul Kadir pernah dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan di
bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengisytiharkan keluar UMNO pada 19 Mac 2012
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan