SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
menyerbu pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) milik kerajaan
Selangor bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu
dengan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah
membabitkan RM10 juta.
Sepasukan 5 anggota SPRM dari Putrajaya berpakaian seragam tiba
dengan 2 kenderaan rasmi di pusat pentadbiran kerajaan negeri di
Bangunan SUK di sini kira-kira 10.50 pagi tadi, sebelum naik ke tingkat
14.
Kunjungan SPRM ini hanya kurang sejam selepas serbuan di Unisel di Bestari Jaya dan Shah Alam, serta pejabat Jana Niaga.
Sumber memberitahu , Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen
Raja Othman kini di Mekah untuk mengerjakan haji, menyebabkan SPRM
mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain.
Pada 25 Julai, MBI mengancam akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung
pembayaran kepada Jana Niaga.
MBI sebelum ini menafikan membuat bayaran RM60 juta kepada Jana Niaga
dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel
berlaku salah.
Menurutnya, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun
kontraktor itu melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan
bayaran adalah tidak benar.
Susulan itu, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor
mempersoalkan MBI bila proses timbangtara dengan Jana Niaga akan
dilakukan.
Ia selepas MBI menyatakan terdapat proses untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu.
Rizal meminta MBI menyatakan siapa yang terlibat dalam timbangtara
itu, sambil berkata Unisel tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan
MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga, merujuk kepada
dakwaan sebuah blog.
Selepas Unisel, SPRM serbu pejabat SUK Selangor
Written By Wadah Baru on Selasa, 22 Ogos 2017 | 3:25 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan