Home » , » Teka Teki '"Manoeuvres"Datuk Mahfuz Omar

Teka Teki '"Manoeuvres"Datuk Mahfuz Omar

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Oktober 2016 | 8:13 PG

Oleh Hayar Hassan

 Kalau kita menyorot kembali keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kedah Ke 13 yang lalu, Datuk Mahfuz Omar (DMO) adalah satu-satunya calon PAS yang telah menang dengan majoriti yang agak besar dan meyakinkan. DMO menang kerusi Parlimen Pokok Sena (P8) dengan majoriti 3,270. DMO sedang mewakili kerusi Parlimen tersebut untuk kali yang ke 3. Ini adalah suatu rekod yang baik.

Terdapat tiga (3) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pokok Sena. Kerusi Bukit Lada (N9) telah dimenangi oleh calon BN dengan majoriti 1,324. Kerusi Bukit Pinang (N10) telah dimenangi oleh calon PAS dengan majoriti 1,672 . Kerusi Derga (N11) pula telah dimenangi oleh calon DAP dengan majoriti 1,156. . Dalam PRU ke 13 itu, kawan seangkatan DMO, Tuan Haji Muhamad Sabu (HMS) sendiri telah kalah kerusi Parlimen Pendang (P11) dengan majoriti 2,638, walau pun pada waktu itu, beliau adalah Timbalan Presiden PAS .

Sepertinya, sosok yang bernama Datuk Mahfuz Omar (DMO) ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan dengan pengundi-pengundi Parlimen Pokok Sena. Selain daripada anak jati kelahiran Kedah Darul Aman, dipercayai DMO amat disenangi oleh kebanyakan pengundi-pengundi. Wataknya yang peramah dan mudah digauli itu membuatkan beliau amat popular dengan ramai orang. Seperkara lagi, DMO adalah salah seorang daripada pemidato yang berjaya menarik ramai pendengar dan ceramah serta ulasan-ulasan politiknya sememangnya dinanti-nantikan.

Sebelum Pakatan Rakyat (PR) berkubur pada 16 jun 2015, DMO sememangnya dilihat sebagai seorang pemimpin PAS dalam kelompok “Erdogan”. Namun demikian sampai ke saat ini beliau masih bertahan sebagai ahli Parlimen PAS. Kebanyakan daripada teman-temannya telah menyeberang ke Parti Amanah Negara (PAN). Apakah rahsianya yang membuatkan DMO masih mahu bertahan sebagai seorang ahli PAS ? Itulah persoalan yang bermain-main di minda kebanyakan orang yang mengenali beliau. Pada waktu ini beliau sudah tidak mempunyai jawatan penting dalam PAS, sekadar seorang Ahli Parlimen. Apakah beliau ingin bersara terus daripada aktif berpolitik menjelang PRU ke 14 nanti ?

Melihat kepada perkembangan PAN di Kedah Darul Aman, sepertinya PAN masih kekurangan tokoh-tokoh yang mampu mengembangkan parti baru ini menjelang PRU Ke 14. Dalam politik Malaysia, parti-parti politik perlu mempunyai tokoh-tokoh pemidato yang mampu menarik perhatian pendengar apabila membicarakan isu-isu besar dan penuh sensasi. Kelayakan ekademik yang tinggi tidak semestinya boleh menjadikan sesaorang itu berjaya dalam politik. Dalam politik, kunci kejayaan sesaorang adalah mempunyai karisma, intergriti, populariti yang tinggi , hebat berpidato dan disenangi oleh orang ramai.

Allahyarham Tan Sri Dato’ Asri Haji Muda (TSDAHM), Presiden Pas tahun 70’an bagitu popular kerana ceramah-ceramahnya yang begitu hebat, penuh bunga-bunga bahasa dan sindiran-sindiran yang tajam. Pendengar-pendengar boleh duduk diam mengikuti ceramahnya berjam-jam. Dikhabarkan bahawa Allahyarha Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sanggup duduk dengan begitu lama mendengar perdebatan TSDAHM di Parlimen. Tidak seperti sekarang ini, perdebatan tokoh-tokoh pembangkang di Parlimen tidak diambil pusing pun oleh pemimpin-pemimpin BN.   Realitinya , sistem pentadbiran Negara secara “Check and Balance” sukar diamalkan walau pun ianya mudah diperkatakan. Maka tidak menghairankan jika kepincangan pentadbiran dan penyalahgunaan kuasa terus berlaku tanpa penghujungnya.

Kembali kepada teka-teki masa depan politik DMO, beberapa andaian boleh kita buat. Pertamanya DMO mungkin berpendapat adalah amat tidak wajar beliau meninggalkan PAS pada waktu ini sedangkan kerana sokongan dan kerja kuat orang-orang PAS lah yang membolehkan dirinya menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena selama tiga (3) penggal. Dalam Budaya Melayu, menjaga hati orang ramai kadangkala mendapat tempat yang utama bagi sesetengah orang, walau pun pandangan orang ramai itu tidak benar-benar tepat.

Sebab kedua, mungkin DMO berpendapat PAN amat sukar untuk bertapak di Kedah Darul Aman kerana parti ini amat baru. Negeri Kedah Darul Aman dikenali sebagai negeri yang mempunyai ramai ustaz dan bagitu banyak penyokong PAS selepas Kelantan Darul Naim dan Trengganu Darul Iman.

Kebetulan sekali, saya sempat menatap akhbar Sinar Harian Edisi Utara hari ini, tanggal 2 Muharam 1438 H bersamaan 3 Oktober 2016 sebelum saya menamatkan tulisan ini. Dikhabarkan DMO hadir bersama dalam satu Majlis Parti BERSATU di kawasan Parlimen Pokok Sena. Telahan saya DMO akan menjadi salah seorang peneraju BERSATU di Kedah Darul Aman. Mungkin ini keputusan yang telah dibuat oleh DMO. Kita semua kena berlapang dada atas keputusan DMO ini. Sekurang-kurangnya DMO masih berada dalam lingkungan pembangkang. Semoga DMO masih boleh memainkan peranan utama dalam usaha pihak pembangkang untuk mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 4 nanti. Selamat Aktif Berpolitik Lagi Datuk Mahfuz Omar. “ Jenuh dah dok tunggu , Datuk nak pi mana ? “, kata orang Kedah.


Sekian, Terima Kasih.

Hayar Hassan.

2 ulasan:

  1. Jangan keluar PAS dato' Mahfuz tp tunggu penolakan total ke atas aji yaHADI, Kemudian tuan YB tanding presiden PAS dan kembali bawak pas ke landasan yg kami rindukan spt zaman TGNAA. kami akan u di tuan untuk hapuskan hadiiiii.....
    Tapi ingat, stand sebegini akan mempercepatkan tuan diterajang keluar dari pas.... parti alamak.

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger