Home » » Amanah ganti PAS bukan ditolak PKR, DAP

Amanah ganti PAS bukan ditolak PKR, DAP

Written By Wadah Baru on Khamis, 11 Februari 2016 | 11:19 PG

Oleh Muammar Qaddafi

Kenyataan pesuruhjaya PAS Selangor yang mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat
bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak PKR dan DAP adalah tidak tepat sebaliknya pesuruhjaya PAS Selangor itu perlu jelas, kewujudan Amanah bukanlah untuk mengambil alih tempat PKR mahupun DAP sebaliknya menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, iaitu Pakatan Harapan.

Di pihak Amanah Selangor mereka juga menjelaskan walaupun keputusan awal ini dibuat namun keputusan akhir akan diputuskan selepas berbincang sesama parti komponen Pakatan Harapan, menurut saya mungkin ia berkaitan kenyataan DAP tidak lama dulu yang turut menyatakan hasrat mereka bertanding di beberapa kerusi PAS di Selangor.

Walaupun masih wujud istilah "kerusi PAS" pada hari ini, menurut saya ia sudah tidak releven lagi, istilah "kerusi PAS", "kerusi DAP", dan "kerusi PKR" hanya layak digunakan dalam suatu kerjasama politik dan dalam konteks parti pembangkang adalah Pakatan Harapan, maka apabila PAS sudah bersendirian sekarang maka tidak wujud lagi istilah kerusi PAS apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan berita baik buat PAS, mereka boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia.

Amanah sejak awal penubuhannya adalah dilihat cuba untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, usaha ke arah penubuhan Amanah juga dilihat selepas PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang sekali gus menghancurkan Pakatan Rakyat. Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, iaitu 2 gabungan parti sebelah kerajaan hari ini dan parti pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam 1 pakatan.

PAS pula sedang dilihat cuba mendekati badan bukan kerajaan (NGO)  dan parti politik kecil yang mendakwa diri sebagai kuasa ke-3 dalam politik Malaysia sekali gus bakal meletakkan PAS setaraf mereka (kuasa ke-3) dalam arena politik negara.

Persoalannya, secara realiti adakah "kuasa ke-3" mendapat sambutan dalam konteks pemikiran politik rakyat Malaysia yang lebih cenderung kepada dwi parti iaitu "kerajaan" dan "pembangkang" sahaja.

Tindakan Amanah yang mengumumkan hasrat mereka bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di Selangor adalah tepat untuk membangkitkan semangat bekerja ahli partinya, kenyataan ini sekali gus menamatkan tanda tanya ahlinya sama ada Amanah sudah bersedia untuk terus bekerja ke arah memenangi pilihan raya atau masih menunggu reaksi balas PAS untuk berbincang soal pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Kini petugas Amanah Selangor boleh bersedia dan lebih berfokus dalam usaha membawa Amanah menyumbang lebih kerusi kepada Pakatan Harapan pada PRU14.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger