Home » » 7 Harapan Saya.

7 Harapan Saya.

Written By Wadah Baru on Rabu, 15 Julai 2015 | 11:12 PTG



[Kepada Sahabat-Sahabat Penggerak Dan Aktivis Harapan Baru (HB)]

1. Fokus kepada kerja-kerja Dakwah dan Islah Harapan Baru.

2. Jauhi perangkap sengketa, adu domba dan fitnah. Justeru kerana kita membawa gagasan AQIDAH dan AKHLAQ seiring bersama.

3. Kenali musuh sebenar kita dan tentulah ia bukan jamaah yang kita kasihi iaitu PAS.

4. Jika mereka mahu untuk terus memusuhi kita setelah mereka mencapai apa yang mereka dambakan selama ini (membersihkan PAS daripada segala kekotoran termasuk kita), maka cukuplah Allah untuk kita. Kita kembalikan mereka kepada Allah ya Jabbar ya Mutakabbir.

5. Berlaku ihsan lah di antara sesama insan pejuang kerana itu lebih mendekatkan kita kepada TAQWA dan membudayakan KEPIMPINAN MUTTAQIN dalam fasa perjuangan kita ke hadapan.

6. Masing-masing teruskan agenda perjuangan Islam tanpa henti.

7. Islam ini adalah agama dan cara hidup yang hebat - rahmat. Tentulah setiap kita yang membawanya juga perlu memiliki jiwa-jiwa besar dan hebat. In shaa Allah.

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
(Al-Tawbah 9 : 105)

Ramadhan Kareem!

"Harapan Baru"

������
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger