Oleh ~Peguam Tua
Kes saman fitnah Lim Guan Eng vs Nasrudin Tantawi hangat diperkatakan hari ini sehinggakan
masih ada yang keliru dengan prosedur mahkamah dengan pihak Nasrudin pula cuba memutarbelitkan fakta demi menegakkan benang yang basah.
Bagi saya, biarlah episod hari ini menjadi pengajaran pada semua. Nasrudin Tantawi masih ingin menegakkan benang yang basah, teruskanlah. Yang nak mengkritik semahunya, teruskanlah. Siapa yang ingin mengambil ini sebagai pengajaran, maka itulah yang terbaik.
Sedikit komen pada yang masih keliru:
1. Pihak yang yakin tidak bersalah tidak akan menarik balik pernyataannya atau membayar kos mahkamah sekiranya yakin dengan kebenaran yang dibawanya.
a. Nasrudin telah bersetuju untuk menarik balik kenyataannya di dalam Mahkamah.
b. Nasrudin juga bersetuju membayar RM10K.
SOALAN: Jika Nasrudin di pihak yang benar kenapa beliau bersetuju untuk menarik balik kenyataannya di dalam Mahkamah serta membayar RM10K?
JAWAPAN: Tentunya pihak yang merasa bersalah akan bersetuju menarik balik kenyataan serta membayar RM10K. Penyelesaiannya, Nasrudin telah bersetuju dan telah melafazkan di dalam Mahkamah menarik balik kenyataan beliau serta bersetuju membayar RM10K.
2. Penyelesaian luar mahkamah selalunya dipohon oleh pihak yang merasakan mereka/dia tidak mampu mempertahankan kesnya, serta bagi mengelakkan gantirugi hukuman (punitive damages) serta kos yang lebih besar dikenakan sekiranya kalah di mahkamah.
SOALAN: Jika Nasrudin di pihak yang benar kenapa tidak diteruskan perbicaraan sehingga mendapat keputusan dari Hakim?
JAWAPAN: Untuk mengelakkan gantirugi hukuman (punitive damages) serta kos yang lebih besar dikenakan keatas beliau sekiranya kalah di mahkamah dengan itu Nasrudin bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.
3. Jangan berselindung di sebalik agama bagi menutup kekhilafan sendiri, kerana itu tiada kesannya di mahkamah dunia mahupun mahkamah akhirat.
SOALAN: Kenapa menggunakan kenyataan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng serta telah solat 2 rakaat sebagai alasan untuk memutar belitkan fakta beliau tidak bersalah?
JAWAPAN: Inilah yang sering di lakukan oleh kebanyakan pemimpin Pas. Menggunakan ugama untuk tujuan meraih simpati penyokong. Sebarang tindakan untuk menghalalkan cara akan di gunakan ugama sebagai hujah walaupun sudah terbukti bersalah.
Semoga kita semua belajar dari kelemahan dan kekhilafan diri sendiri
Wallahualam...
~Peguam Tua
Home »
artikel
,
Surat Pembaca
» Nasrudin Tantawi masih ingin menegakkan benang yang basah, teruskanlah.
Nasrudin Tantawi masih ingin menegakkan benang yang basah, teruskanlah.
Written By Wadah Baru on Rabu, 20 Januari 2016 | 2:09 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Sudah, sudahlah tu. Org tua2 cakap layan org bodoh kita pun orang kata bodoh. Jangan ambil pusing si tantawi ni. Org cerdik tak pernah letak dia dlm senarai pemimpin. Tenguk spek yg dipakainya dah tahu.... kaki hindustan
BalasPadamSudah, sudahlah tu. Org tua2 cakap layan org bodoh kita pun orang kata bodoh. Jangan ambil pusing si tantawi ni. Org cerdik tak pernah letak dia dlm senarai pemimpin. Tenguk spek yg dipakainya dah tahu.... kaki hindustan
BalasPadam