Home » » Tubuh parti Islam baru : Mat Sabu tak konsisten ?

Tubuh parti Islam baru : Mat Sabu tak konsisten ?

Written By Wadah Baru on Ahad, 2 Ogos 2015 | 4:06 PTG

Q: Banyak disebarkan kenyataan Pengerusi GHB, Mat Sabu sebelum ini yang berpesan supaya jangan tubuh parti Islam baru dan dibandingkan pula dengan kenyataan terbaru beliau yang mahu menubuh parti Islam baru. Apakah beliau tidak konsisten?

A: Kenyataan Mat Sabu itu dibuat dalam suasana dan keperluan yang berbeza. Sememangnya, mengekalkan hanya ada satu parti Islam adalah pilihan terbaik. Tetapi, ini hanya boleh berlaku sekiranya parti itu berupaya meraikan dan menguruskan perbezaan dan kepelbagaian dalam satu parti dengan baik sehingga semua pendokongnya mampu bersatu.

Tetapi, hakikatnya PAS telah terbelah dua. Bukan isu lompat parti. Bukan isu satu pihak tubuh parti serpihan. Bila satu entiti telah terbelah dua, maka pasti akan jadi dua entiti.

Ini yg gagal difahami oleh ramai ahli-ahli Pas. Mereka masih melihat isu ini dari perspektif yang kurang tepat. Mereka masih melihat wakil rakyat HB sebagai melompat parti. Mereka masih melihat ini sbg fenomena golongan yg gugur. Fenomena gagal beristiqamah. Mereka masih melihat pimpinan HB ini golongan kecewa yang mahu menubuhkan parti serpihan.

Padahal, terlalu jelas perpecahan PAS kepada dua kelompok ini berlaku secara menyeluruh, di seluruh negara, dan di semua peringkat. Ia bukan fenomena segelintir ahli keluar parti kerana tak puas hati.

PAS sebenarnya telah terbelah dua. Dari satu entiti kepada dua entiti yang berbeza. Suka atau tidak, inilah hakikatnya.

Dua pandangan Mat Sabu tersebut dibuat dalam dua situasi yg sgt berbeza.

Untuk berlaku adil, Presiden Pas, TG Abd Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan yang bertentangan dalam dua situasi yang berbeza. Sebelum PRU-13, beliau mahu supaya isu-isu ekonomi diselesaikan dulu sebelum perlaksanaan Hudud. Pendiriannya terkini kelihatan agak berbeza.

Ikhwan Mesir dulu pernah berjanji untuk tidak meletakkan calon bertanding pilihanraya Presiden Mesir. Keputusan ini dibantah kuat oleh salah seorang Ahli Majlis Syura Ikhwan, Abd Munim Abul Futooh, sehingga beliau keluar Ikhwan dan mengumumkan akan bertanding Presiden. Tetapi, kemudian Ikhwan membuat keputusan untuk meletakkan calon bertanding jawatan Presiden.

Ini perkara biasa dalam politik.

Ketika Ar-Rasul SAW masih hidup, Abu Bakar RA pernah mengajarkan Islam dan berpesan kepada Rafik Ibn Amr At Thoi. Abu Bakar berpesan, "Janganlah kamu mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin walaupun ke atas dua orang pengikut".

Setelah Ar-Rasul SAW wafat, Abu Bakar RA menerima tangggungjawab sebagai Khalifah, pemimpin ke atas seluruh umat Islam.

Apabila Rafik Ibn Amr mengetahui perkara ini, beliau terus mendatangi Abu Bakar RA dan menuntut penjelasan kenapa beliau bertindak menyalahi pesanannya.

Abu Bakar RA menjelaskan tentang keperluan baru yg wujud selepas wafatnya Ar-Rasul SAW, sehingga beliau sanggup menerima amanah kepimpinan.

Apakah Abu Bakar RA tidak konsisten? Jawabnya tentu tidak.

Dinamika Islam itu tidak harus dihadapkan dengan persoalan-persoalan dangkal seperti itu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger