PETALING JAYA: Sekeping gambar menunjukkan pemimpin Gerakan Baju
Merah, Datuk Jamal Yunos tersenyum mesra dengan 3 pemuda memakai baju
kuning Bersih 5 mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent
provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu
ini.
Akhbar TheSun melaporkan, gambar yang dikongsi meluas di media sosial
itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar Jamal, yang sebelum ini
berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menghalang perhimpunan anjuran
Bersih 2.0 itu.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah tidak menolak ia mungkin
usaha mencetuskan kekacauan yang kemudiannya akan dituduh sebagai
perbuatan penyokong Bersih.
Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau terserempak dengan 3 pemuda itu di sebuah masjid di Ampang Jaya.
“Saya bertemu mereka pada Ahad ketika solat Zohor. Saya menganggap pemuda itu saudara saya.
“Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat
daripada menyertai Bersih,” Jamal dipetik TheSun sebagai berkata.
Jamal dan penyokongnya sebelum ini beberapa kali bertembung dengan penyokong Bersih dalam usaha menghalang perhimpunan itu.
Ahad lalu, ketua Umno Sungai Besar itu tercedera di bahagian hidung
selepas pergelutan dengan beberapa pegawai polis di sebuah pusat
membeli-belah di Kuala Lumpur, beberapa minit selepas penyokong beliau
mengherdik Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dalam kempen
mempromosi perhimpunan Bersih 5.
Gambar Jamal dengan 3 pemuda baju kuning cetus tanda tanya
Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 10:34 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan