Home » , » 10 tan abu Al-Quran rosak ketika banjir dilupuskan

10 tan abu Al-Quran rosak ketika banjir dilupuskan

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 10:32 PG

PASIR PUTEH: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melupuskan 10 tan abu al-Quran di Taman Tukun Keputeraan di Laut China Selatan, kira-kira 14 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, semalam.

Baginda yang diiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra tiba di Tok Bali pada 12.20 tengah hari, dan menaiki kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melakukan pelupusan abu tersebut.

Abu berkenaan dimuat dalam 3 bot nelayan asing yang dirampas ketika menangkap ikan secara haram di perairan negara ini, serta sebuah kapal lama milik APMM.

Kesemua bot dan kapal berkenaan kemudian ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan bagi pembiakan ikan di Taman Tukun Keputeraan itu.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, kesemua al-Quran yang rosak itu dikutip dari rumah dan masjid ditenggelami banjir besar yang melanda negeri ini pada 2014.

Katanya naskah al-Quran yang rosak itu kemudiannya dibakar dalam relau sebelum abunya dilupuskan ke dalam laut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger