PETALING JAYA: Sebuah buku kecil yang diedarkan di sebuah program
penjelasan isu 1MDB anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Australia
baru-baru ini menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat, di samping membuat
ramalan syarikat itu bakal menerima lebihan tunai hampir RM3 bilion
dalam tempoh 20 tahun lagi.
Akhbar The Australian melaporkan, buku kecil itu menuduh Loretta
Lynch sengaja membangkitkan saman menyita aset syarikat berkenaan atas
kepentingan peribadi.
Meneliti kandungannya, buku 20 muka surat itu turut mendakwa saman
Jabatan Kehakiman AS (DoJ) untuk menyita aset yang didakwa dicuri
daripada dana 1MDB di negara itu sebenarnya usaha Lynch mengalihkan
perhatian umum terhadap skandal email Hillary Clinton, calon pilihan
raya presiden yang tewas kepada Donald Trump pada 9 November lalu.
Jasa baru-baru ini menganjurkan program di Sydney, Australia, sebagai
usaha kerajaan menyasarkan pelajar Malaysia di luar negara untuk
menjelaskan tuduhan ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Antara lain, program tersebut dihadiri Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Bagaimanapun, The Australian berkata wartawannya diusir keluar
daripada program itu. Sebelum ini, wartawan Rachel Pannett dari The Wall
Street Journal, akhbar yang kerap melaporkan kepincangan syarikat 1MDB,
turut diusir keluar, selepas penganjur menetapkan hanya mereka yang
dijemput dibenarkan masuk.
The Australian melaporkan buku kecil yang diedarkan itu turut
mempersoalkan dakwaan yang “Malaysian Official 1” (M01) yang disebut
dalam saman DoJ pada Julai itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Menurut buku itu, DoJ tidak menamakan MO1 kerana tidak mempunyai
bukti dan maklumat bagi mengaitkannya dengan kesalahan yang diperincikan
dalam permohonan menyita aset 1MDB.
Buku itu juga mendakwa 1MDB bakal melaporkan keuntungan RM2.96 bilion
selepas ia ditutup pada 2039, menyandarkan ramalan itu kepada aliran
tunai RM12.29 bilion daripada projek utamanya, Tun Razak Exchange.
Risalah 1MDB tuduh peguam negara AS, ramal tunai RM3 bil
Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 10:31 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan