Oleh DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
Rakyat Malaysia baru-baru ini di kejutkan dengan kehadiran Tun Dr 
Mahathir Mohamad (Tun Dr M) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertemu dan 
bersalam serta berbincang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengenai
 pendirian Tun Dr M menyokong tindakan DSAI mencabar Akta Majlis 
Keselamatan Negara 2015 (Akta MKN).
Tun Dr M bercadang memfailkan Affidavit Sokongan untuk menyokong 
permohonan DSAI dengan secara tidak langsung telah memulihkan kembali 
pasukan dua negarawan yang pernah memimpin negara dengan cemerlang.
Sekalipun minggu lepas Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan DSAI 
namun ianya perkara biasa untuk DSAI merayu ke Mahkamah Rayuan 
memandangkan tindakan mencabar keesahan Akta MKN sebagai bertentangan 
atau ultra vires patut di putuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai 
Mahkamah tertinggi negara ini.
Gandingan kembali dua negarawan ulung negara patut di hormati oleh 
semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menjaga keselamatan negara.
Pihak berkuasa keselamatan negara kini patut mula mengadakan siri 
mesyuarat dan Muhasabah tentang perkembangan semasa yang sedang berlaku.
Sekiranya mereka mendapati arahan yang diterima daripada pemimpin 
politik yang sedang memimpin kerajaan tidak patut diterima atas pelbagai
 sebab kukuh maka itulah yang sewajarnya mereka lakukan demi menghormati
 semangat pakaian seragam pasukan masing masing.
Kita patut berhenti menjadi seperti burung unta yang menyorokkan 
kepalanya ke dalam pasir tetapi seluruh badan yang begitu besar tetap 
jelas kelihatan pada semua.
Seluruh dunia tidak mungkin cemburu dengan kejayaan kita. Apakah 
agaknya yang sebenarnya negara kita berjaya sehingga seluruh dunia di 
kata kan cemburu terhadap negara kita?.
Kejayaan Malaysia tiada di zaman pimpinan sekarang. Adakah jumlah 
rakyat yang begitu ramai menerima BRIM itu sesuai dikatakan satu 
kejayaan Malaysia? ‘Akai ada ka’, meminjam kata kata Idris Hashim dalam 
filem Laksamana Do Re Me.
Belanjawan pimpinan sekarang yang asyik defisit dan hutang negara 
mencapai RM1 trillion serta pelbagai belanja seperti biasiswa , elaun 
pelajar samada di hentikan atau di lewatkan pembayarannya sekadar 
menyebut satu dua contoh ini boleh di anggap sebagai kejayaan negara 
untuk di cemburui oleh seluruh dunia sehingga menyebabkan mereka mula 
mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap syarikat hutang milik 
negara?
Rakyat mula beralih arah menyokong gabungan Pakatan Harapan dan 
Pribumi Bersatu.Peralihan beramai ramai daripada parti politik 
pemerintah dikatakan sebagai kecil dan tidak memberi kesan kepada mereka
 namun jika benar begitu, mengapakah media arus perdana yang setiap 
bulan perlu membayar akibat dari perintah Mahkamah kerana asyik 
mencanangkan berita fitnah.
Justru jangan terperanjat, jika satu hari nanti media media ini tidak
 lagi wujud dan akhirnya lokasi asal operasi mereka akan di jadikan 
pusat pemprosesan najis manusia sebagai kenang kenangan tentang apa yang
 mereka telah lakukan sebelum ini.
Masalah utama Pakatan Harapan ialah rakan kerjasama Pakatan Harapan 
iaitu Parti Pribumi Bersatu ialah pertamanya, segolongan ahli ahli ini 
sudah sebati membenci DSAI sehingga ada yang masih enggan menerima 
hakikat yang kedua dua negarawan sudah berbaik baik dan bertindak lebih 
sudu dari kuah daripada pemimpin mereka sendiri yang telah berbaik baik 
demi untuk memastikan angka menyebelahi mereka semasa Piliharaya Umum ke
 14 nanti.
Golongan ini akan bermuka muka dengan pemimpin mereka sendiri namun 
tetap cuba mempengaruhi ahli lain supaya meneruskan kebencian tidak 
berasas terhadap DSAI melainkan asyik mengulangi skrip lama yang 
sememangnya sudah basi.
Masalah kedua segolongan ahli Pribumi Bersatu ialah ada yang masih 
menganggap parti DAP sebagai musuh walhal yang banyak menjahanamkan 
negara sebenarnya bukan DAP.
Ini sekali lagi kerana sudah sebati dalam benak mereka yang berkenaan
 untuk membenci DAP selama lamanya tanpa sebab munasabah kecuali asyik 
mengulangi segala jenis berita lapok yang di reka cipta semenjak mereka 
belum lahir lagi dan cuma menerima bulat bulat tanpa menyemak apa yang 
di canangkan pada mereka.
Perbuatan golongan ini sebenarnya tidak akan membantu dalam menambah 
jumlah undi dalam Pilihanraya ke 14 nanti memandangkan undi kaum cina 
kini menyebelahi DAP bukannya MCA.
Kemenangan BN dalam 2 Pilihanraya Kecil tidak memberi indikasi yang 
pengundi cina menyokong MCA memandangkan pengundi Cina mungkin tertarik 
kepada jumlah dana serta projek yang diperuntukkan di Kuala Kangsar dan 
Sungai Besar.
Kehadiran golongan yang membenci DAP tanpa sebab tanpa fakta tanpa 
bukti boleh mengakibatkan angka yang diperlukan untuk berkuasa selepas 
Pilihanraya ke 14 mungkin tidak dapat di capai.
Masalah ketiga ialah segolongan yang memasuki Parti Pribumi Bersatu 
memasuki kerana mungkin beranggapan peluang mereka mendapat kontrak 
perniagaan dengan mudah sekalipun baru menubuhkan syarikat tanpa 
sebarang kelayakan dan pengalaman selepas menguasai kerajaan nanti akan 
menyebabkan mereka berpaling tadah jika terdapat janji yang lebih manis 
daripada pihak lain.
Ini juga virus yang sukar di rawat kerana segolongan mereka ini di 
lihat tak ubah seperti broker angin yang cuma berpindah ke parti baru 
daripada parti asal mereka, umno.
Masalah keempat ialah kemungkinan ada usaha dari dalam oleh penyokong
 Presiden Parti Pribumi Bersatu dan penyokong Pengerusi Parti Pribumi 
Bersatu untuk berebut jawatan di setiap negeri negeri dalam negara kita 
dan ini akan mengakibatkan perpecahan di kalangan penyokong sekalipun 
kedua dua pimpinan utama iaitu Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi 
Bersatu di lihat boleh bertolak ansur.
Masalah kelima datangnya 
daripada luar iaitu tekanan hebat daripada parti pemerintah untuk 
mungkin menamatkan sumber kewangan saf saf pimpinan Pakatan Harapan dan 
Parti Pribumi Bersatu bertujuan mungkin untuk melemahkan kemampuan 
kewangan sebelum Pilihanraya ke 14.
Masalah keenam datangnya daripada SPR yang memindah pengundi dengan 
cara yang tidak munasabah dengan menjadikan setiap kawasan berasaskan 
kaum mahupun pemindahan anggota pasokan keselamatan dengan begitu banyak
 kepada sesuatu kawasan.
Masalah ketujuh datangnya daripada parti Pas yang telah menjadi tidak
 lagi di hormati rakyat selepas ketiadaan 3 pimpinan utama iaitu Al 
Marhum Dato Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Al Marhum Dato Seri Uztaz 
Azizan Razak serta Al Marhum Dato Fadzil Noor.
Pimpinan Pas sekarang lebih dilihat ingin membantu melindungi parti 
Umno yang dari segi sejarahnya parti berkenaan pernah menyebabkan ada 
pemimpin mereka terbunuh termasuklah ketika musim pilihanraya.
Blok ketiga yang di wujudkan PAS bersama parti yang tiada kerusi amat kabur status sebenarnya.
Manakala saman hari selasa pimpinan umno telah lebih setahun tiada 
tindakan saman fitnah langsung terhadap WSJ kini di khuatiri seolah olah
 akan di ulangi oleh Pas kerana dilaporkan ingin menyaman pihak Sarawak 
Report di London.
Tindak tanduk pimpinan baru PAS yang mahu sambung bermusuhan dengan 
DAP seperti yang ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS yang baru, cuma 
memberi faedah kepada umno, agaknya mereka sudah lupa pesanan Al Marhum 
Tok Guru Nik Aziz supaya jangan di patuk binatang berbisa dalam lubang 
yang sama dua kali.
Tindakan tindakan serta pelbagai kenyataan pimpinan Pas ada masanya 
memang mahukan PAS tewas samada semasa PRU 13 di Terengganu ataupun 
pilihanraya negeri Sarawak 2016 baru baru ini.
Benar , Iman tidak boleh di warisi justru ianya tidak memeranjatkan 
jika ada anak dari kalangan keturunan ulama terbilang membuat pelbagai 
kenyataan yang di percayai berbohong kepada rakyat jauh berbeza dengan 
pendirian asal Al Marhum ayahanda sendiri.
Seterusnya segolongan pimpinan Pas sekarang mungkin mengguna pakai 
apa apa Qawaid Fiqhiyyah atau Islamic Legal Maxims bagi menyokong apa 
apa tindakan mereka seolah olah ia dapat mengubah satu tindakan yang 
umum lihat salah serta merugikan sebagai betul.
Masalah kelapan ialah, segala kecurangan berbukti termasuk bukti 
video yang melibatkan SPR ketika PRU 13 masih belum ada penutup yang 
memuaskan sehingga kini sekalipun sudah ada perbicaraan umum di adakan 
oleh pihak Bersih menerusi Tribunal Rakyat bagi mengadili apa yang 
berlaku.
Masalah kesembilan ialah kewujudan kumpulan kumpulan samseng sharif 
kampong dusun yang cuma memainkan isu perkauman yang patut di ambil 
tindakan serta merta oleh pihak berkuasa.
Mereka ini boleh membahayakan 
keselamatan negara dengan pelbagai tindakan kasar serta ugutan jenayah.
Masalah ke sepuluh ialah rakyat kita terlampau baik, tidak punyai 
kemahuan langsung untuk bertegas mempertahankan hak masing 
masing.Biarlah segala harta negara di rompak sehingga licin asalkan 
masih kerja masih dapat gaji masih dapat Brim, biarlah.
Masalah ke sebelas, mufti yang memilih memilih untuk mengeluarkan 
pandangan yang diterima rakyat sebagai Fatwa. Segala isu yang mungkin 
menjejaskan periuk nasi Mufti, mereka akan memilih untuk membisu seperti
 lembu kenyang.
Mereka cuma mahu bersuara bila ada isu remeh temeh seperti Pokemon. 
Mungkin Sultan Sultan negeri masing masing patut memikirkan tindakan 
drastik yang sesuai terhadap Mufti mufti yang begitu.
Masalah kedua belas, kegagalan khutbah jumaat menyedarkan umat 
Islam tentang isu isu penting yang memerlukan tindak balas segera rakyat
 melainkan cuma berterusan mengantukkan rakyat dengan bacaan Khutbah 
yang berbentuk siaran ulangan topik yang sedia di ketahui rakyat.
Akhir sekali rakyat masih meletakkan harapan kepada Majlis Raja Raja 
untuk membantu apa yang termampu untuk memperbetulkan keadaan negara 
memandangkan Majlis Raja Raja yang berkuasa memilih Yang Di Pertuan 
Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong.
Sembah takzim dan tahniah kepada Yang Di Pertuan Agong yang baru, Al 
Sultan Kelantan serta Timbalan Yang Di Pertuan Agong yang baru, Tuanku 
Sultan Perak.
Sesuai dengan ketinggian ilmu kedua dua baginda Sultan Kelantan dan 
Sultan Perak, InshaaAllah rakyat mengharapkan belas ikhsan baginda 
berdua untuk menyelamatkan negara dengan sekadar termampu, daripada 
segala kerosakan.
Perlembagaan Persekutuan telah dengan jelas meletakkan Yang Di 
Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Ini juga 
telah di sahkan dengan jelas berkali kali dalam pelbagai provisi dalam 
Akta Angkatan Tentera 1972.
Manakala pada tahun 1958, Yang Di Pertuan Agong ketika itu turut 
berkenan menganugerahkan gelaran Di Raja pada pasokan polis menjadi 
Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
InshaaAllah di tahun 1438 Hijrah tahun baru dalam taqween Islam, 
rakyat mendoakan keadaan dapat di pulih dengan kerjasama semua pihak 
kecuali golongan penjenayah yang patut segera di siasat dan di dakwa 
tanpa mengira jawatan mereka yang masih berkuasa. Wallahualam
Pilihanraya ke 14, cabaran Pakatan Harapan dan Pribumi Bersatu
Written By Wadah Baru on Isnin, 17 Oktober 2016 | 4:24 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan