Home » » Solidariti Buat Mazlan Aliman

Solidariti Buat Mazlan Aliman

Written By Wadah Baru on Rabu, 19 Oktober 2016 | 8:48 PG


1. Sewajarnya rakyat Malaysia menyanjung tinggi semua usaha membela golongan tertindas yang tidak terbela seperti peneroka Felda yang memerlukan pencerahan terhadap hak mereka.

2. Mazlan Aliman adalah seorang anak peneroka yang bangun memperjuangkan nasib dan perubahan kepada peneroka. Dalam perjuangannya, beliau telah menghadapi pelbagai tentangan dan halangan. Beliau juga dihalang memasuki Sarawak untuk memperjuangkan tanah adat. Turun naik mahkamah, bermalam di lokap juga sudah menjadi parkara biasa bagi beliau.

3. Mazlan menubuhkan sebuah organisasi rakyat iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan secara sendirian sejak puluhan tahun yang lalu. Berkat kesungguhannya, perubahan minda mula berlaku di kalangan para peneroka Felda walaupun tidak begitu pantas kerana kongkongan pihak berkuasa.

4. Kegigihan dan keberaniannya itu menyebabkan pihak-pihak yang berkuasa berusaha untuk mengekang pergerakan dan perjuangan Mazlan. Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya. Tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisan menerusi bukunya bertajuk "Felda... Dulu Tolong Sekarang Along!" yang dicetak oleh Angkatan Edaran.

5. Angkatan Edaran kemudiannya terpaksa menggulung syarikat mereka ekoran saman itu. Sekiranya Mazlan tidak dapat segera mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Bererti beliau tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.

6. Dengan itu kami yang hadir pada hari ini merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau di bawah projek "Solidariri Bersama Mazlan Aliman" dengan sumbangan sekurang-kurangnya RM10.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 564258576644 (Maybank) atas nama PUSAT PENGGERAK MOBILISASI. Sila maklumkan maklumat sumbangan anda ke nombor 017-7709869 (Rahmat).

Terima kasih,

Kenyataan ini disokong oleh;
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung PartiAmanah Negara
RONNIE LIU
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor
HISHAMUDDIN RAIS
Aktivis Masyarakat
TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
DATUK KAMARUDIN JAFFAR
Ahli Parlimen Tumpat
TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB
Bekas Menteri Besar Selangor
18 OKTOBER 2016

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger