Home » » Pas sudah kena raba punggung oleh Umno

Pas sudah kena raba punggung oleh Umno

Written By Wadah Baru on Rabu, 19 Oktober 2016 | 8:54 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Parlimen masih belum memberi ruang kepada ahli Parlimen Marang yang juga ketua parti agama untuk membawa usul bagi meminda Akta 355 seperti mana yang diharapkan
.
Sebelum ini parti itu yakin dan percaya wakil mereka akan diberi peluang itu. Kenapa mereka sanggup berpisah dengan DAP kerana percaya dengan janji itu. Namun sehingga sekarang RUU 355 itu masih belum disentuh di parlimen.

Biarlah kita tunggu apa kesudahannya lagi. Kata salah seorang wakil rakyat parti agama, kena tunggu sebab sidang masih ada lagi. Memang sidang akan ada selagi parlimen tidak dibubarkan. Naif sekali jawaban itu.

Bagi saya, apa yang saya tunggu ialah macam mana parti itu bercakap untuk memberi tahu rakyat apabila RUU 355 itu tidak dibentang kali ini.

Apakah alasan yang akan diberikan, dan klu klik macam mana pula yang hendak diguna pakai kali ini.

Apakah parti agama itu akan mulai menyedari yang mereka dimainkan oleh UBN, ataupun kena sabar sahaja sebab sudah terlanjur. Untuk ini akan di bacalah hadith berbunyi; sabar itu separuh daripada iman.

Kalau saya jadi ketua parti itu, apa yang saya buat ialah menyemak kembali rangka taa'wun dengan Umno dan menilai apakah parti itu ikhlas atau tidak? Sebebnya bagi mereka yang celik politik dan sedar kelicitan Umno sudah dapat teka apa penghujung dengan RRU 355 itu.

Pas sudah kena raba punggung oleh Umno dalam isu Hudud ini. Wassalam Mso.

1 ulasan:

  1. Masalahnya kedua-dua belah kaki dah terperosok ke dalam jebak amno. Lepas itu ditabur dedak. Duduk sajalah diam2 dalam jebak sambil makan dedak. Tak cukup boleh berketuk lagi. Dan dedak akan ditabur lagi!

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger