KUALA LUMPUR: PAS yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan
kadar cukai barang dan keidmatan (GST) jika ia berjaya memenangi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kenyataan
yang dikeluarkan hari ini berkata, situasi itu akan menjadi realiti
jika kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan
yang semakin besar.
“Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah
lebih banyak duit yang akan diambil oleh rakyat untuk menampung
perbelanjaan kerajaan? Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej
‘ikat perut’ PM ketika membentangkan Bajet 2017?” katanya.
Menurut beliau, Bajet 2017 memperlihatkan kerajaan Umno-BN masih
mengekalkan bergantung kepada hasil tradisi, tanpa berusaha mencari
sumber baru bagi meningkatkan pendapatan negara.
Ini terbukti apabila pergantungan kepada sumber petroleum menjerat kerajaan apabila harga komoditi tersebut merudum.
“Sepatutnya Malaysia yang kaya dengan pelbagai hasil sumber asli dan
kedudukannya yang strategik memudahkannya menarik pelabur luar. Namun
sayang, imej negara merundum kerana rasuah dan terjebak dengan skandal
1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang menjadi tumpuan dunia,” ujar
beliau.
Justeru, beliau menyaran tumpuan diberi kepada sektor pertanian
sebagaimana Thailand dan Indonesia yang semakin jauh meninggalkan kita
dalam sektor pertanian.
“Pergantungan utama kerajaan kepada cukai iaitu duit daripada rakyat
amat membimbangkan. Ia juga membuktikan kerajaan ketandusan idea bagi
merancang dan mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi yang dijangka
berterusan buat beberapa tahun mendatang.”
Bajet 2017 buktikan GST naik jika BN menang PRU14,
Written By Wadah Baru on Ahad, 23 Oktober 2016 | 3:01 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan