Oleh Arif Atan
Selepas hampir dua minggu kes kebakaran tragis Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah, satu animasi tiga dimensi (3D) yang menggambarkan
tragedi meragut 23 nyawa itu mulai dikongsi di Facebook dan Youtube hari
ini.
Dihasilkan aktivis sosial Muhamad Harris Nasril, video berdurasi
hampir empat minit tersebut berdasarkan maklumat Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM).
Visual bertajuk “3D Animation Reconstruction of Ittifaqiyah Tahfiz
School” itu memaparkan secara terperinci lokasi kebakaran bermula, usaha
lapan pelajar menyelamatkan diri dan gambaran bagaimana 23 yang lain
terperangkap lalu terkorban.
Di awal video tersebut, ditunjukkan 21 katil dua tingkat dan tiga
bilik warden yang terdapat di aras tiga bangunan berwarna kuning itu.
Terdapat binaan partisyen haram yang menghalang ke pintu keluar
manakala ruang memasak terletak di sebelah bilik warden diikuti tandas.
Turut dinyatakan dalam animasi itu tentang suspek yang meletakkan dua
tong gas berwarna hijau di depan pintu masuk dalam keadaan
masing-masing menegak dan mendatar.
“Suspek mencurahkan petrol pada almari barang, rak tuala dan rak kasut. Suspek kemudian membuka kedua-dua injap tong gas.
“Api mula marak di hadapan pintu masuk sekali gus menghalang penghuni
keluar. Gas dan tilam yang disusun rapat mempercepatkan kebakaran,”
dipetik daripada video itu.
Selanjutnya, diberitahu mangsa cuba melarikan diri melalui tingkap di
bahagian kiri dan kanan bangunan tetapi tingkap gagal dibuka manakala
kesemua sembilan ruang tingkap dipasang jeriji kekal menyebabkan mangsa
terperangkap.
“Hanya satu jeriji tetap di sebelah kiri berjaya direntap mangsa.
Melalui tingkap itu, lapan mangsa berjaya keluar dan turun melalui paip
air kemudian menggelongsor ke awning
“23 mangsa yang terkorban ditemui bertindihan di kiri dan kanan bangunan,” dipetik dari video itu lagi.
Paparan seterusnya menunjukkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur,
Datuk Amar Singh Ishar Singh; Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Ar
Ezumi Harzani dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Reaksi Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood kemudiannya turut disertakan.
“Status bangunan kita tak perlu bincang sebab kita menumpang di sini.
Adat orang menumpang takkan kita nak tanya ada sijil kelayakan atau
tidak.
“Jadi sepatutnya pihak ibu bapa terlebih dulu kena tanya bangunan ini
ada permit atau tidak sebelum bawa masuk anak tapi mereka tak pernah
soal,” katanya yang sebelum itu dilapor sebuah portal berita pada 23
September lalu.
Video tersebut diakhiri dengan senarai 21 pelajar berusia enam hingga
16 tahun yang terkorban serta dua guru masing-masing berusia 25 dan 26
tahun.
Melecur teruk
Dalam hal berkaitan, salah seorang mangsa yang terselamat dilapor
hari ini memberitahu dirinya tidak dapat melupakan tragedi menjelang
Subuh itu.
Adib Baqir Mohd Khalid, 14, berkata, beliau masih teringat nasib
rakan karib seusianya, Muhammad Danieal Md Amin yang turut terkorban
dalam kebakaran pusat tahfiz yang dilaporkan kali ke-212 kes sejak 2015
itu.
“Dia (Danieal) ada di belakang, dia juga yang suruh saya keluar dulu. Saya selamat, tapi dia tak selamat.
“Masih terbayang (tragedi), memang takkan lupa. Teringat pada Danieal
kerana saya rapat dengan dia,” kata Adib sayu seperti dipetik akhbar
Berita Harian hari ini.
Adib yang baharu hampir dua bulan belajar di pusat tahfiz itu
memberitahu, dia antara orang terakhir berjaya menyelamatkan diri
walaupun tapak tangannya melecur teruk.
“Tangan melecur kerana saya terpaksa pegang bingkai besi tingkap untuk keluar dari bilik yang terbakar,” katanya lagi.
Gambaran 3D tragedi tahfiz Datuk Keramat tersebar
Written By Wadah Baru on Khamis, 28 September 2017 | 9:03 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan