Home » » Zaman ini, rotan anak tak berkesan, kata aktivis

Zaman ini, rotan anak tak berkesan, kata aktivis

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 10:36 PG

PETALING JAYA: Seorang peguam bela hak asasi kanak-kanak mengkritik tindakan hukuman merotan oleh ibu bapa dan pihak sekolah, menyifatkannya sebagai tidak berhasil dalam mendisiplinkan mereka.

Sebaliknya, James Nayagam mengesyorkan pendekatan lebih lembut, seperti kaunseling, kerana menurutnya ia lebih berkesan dalam mendisiplin pelajar.

Malah, menerusi pendekatan ini, James berkata pelajar boleh dihukum melakukan kerja kemasyarakatan atau dinafikan keistimewaan tertentu mereka.

“Anda boleh memukul anak 10 kali tetapi tiada apa yang akan berlaku?” soal beliau.
“Cuba rampas keistimewaan mereka, misalnya tidak membenarkan mereka keluar pada hari Sabtu, dan anda akan lihat keberkesanannya.”

Beliau mengakui kanak-kanak zaman ini sukar menerima hukuman keras.
“Tindakan memukul boleh memberi kesan yang buruk kerana kanak-kanak zaman sekarang berani mempersoalkan semula sebab kita berbuat demikian,” katanya.

James menambah, ada di antara mereka yang mengambil keputusan merbahaya selepas itu.
“Dulu, jika anda memukul anak anda, mereka akan berdiam diri dan kemudian kembali ke rumah. Tetapi sekarang semuanya berbeza.”

Beliau mengulas rungutan ibu bapa yang beranggapan hukuman sebat boleh membantu anak mereka dalam mendidik.
Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang mengetuai Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), mengakui hukuman dera boleh merosakkan kanak-kanak.

Beliau berkata kanak-kanak biasanya memberontak kerana mahu diberi perhatian.

“Walaupun hukuman sebat satu tindakan yang mudah tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak itu yang mungkin membesar dan berkelakuan kejam terhadap anak atau isterinya sendiri kelak,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (PIBG), Datuk Mohamad Ali Hasan, berkata sekolah mempunyai garis panduan yang ketat ke atas hukuman sebatan.

“Sebelum ini guru akan merotan pelajar di khalayak ramai, tetapi sekarang jika seseorang itu diarah dikenakan hukuman sebat, maka ia perlu dilakukan secara tertutup,” katanya.

“Malah hukuman sebat juga mempunyai sekatan tertentu, misalnya tidak boleh merotan pelajar perempuan ketika haid dan mana-mana pelajar tidak boleh dirotan di perut atau di muka.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger