Oleh Muhammad Faiz Fadzil
·
Hari ini dimainkankan video almarhum ustaz fadzil noor(ufn) tentang penubuhan parti baru..ini jawapan saya:
1) ufn adalah antara satu-satunya pemimpin di zaman 70-an menentang kemasukan pas ke dalam perikatan yg kemudiannya ditukar bn
2) ketika itu ufn beralih utk bersama pemimpin abim termasuk dsai menjadikan abim sebagai force islam yg kuat di negara ini
3) ufn kembali aktif bersama pas setelah pas ditendang keluar drpd bn dan ufn sertai pru 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dr utm
Maka..jelas perjuangan ufn istiqamah menentang umno bn dan mahu tubuhkan
kerajaan..sbb itu ufn merencana pelbagai strategi politik termasuk
menarik golongan profesional menyertai pas, memadamkan fahaman ahli
terhadap amanat hadi & tahaluf dgn angkatan perpaduan ummah &
barisan alternatif
Video tu ufn sebut pasal pemimpin yg nakkan jawatan sampai sanggup
tubuh parti baru..itu keadaan ketika itu..tapi keadaan skrg lain..ahli
& rakyat yg nakkan parti baru kerana pas skrg sudah terpesong drpd
peta perjuangan menentang umno bn..dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah
pemerintahan baru yg bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan
semua kaum, maka parti baru yg memperjuangkan semua prinsip islam ini
& aspirasi rakyat adalah menjadi wajib..
InsyaAllah parti baru ini akan terus menentang umno bn, mendaulatkan
islam & akhirnya menyelamatkan ahli pas yg masih keliru dgn halatuju
politik pas skrg..
Anda mungkin tak setuju dgn saya, tapi saya percaya ufn pasti menyokong
parti baru yang didokongi oleh pemimpin yg dilahirkannya yang banyak
berjasa kpd karier perjuangan ufn..parti baru adalah meneruskan
perjuangan ufn walau berlainan wadah
Usah lihat pada form tapi lihat pada substance..biiznillah
0 ulasan:
Catat Ulasan