Home » » Tinggalkan mereka.,platform baru sentiasa terbuka

Tinggalkan mereka.,platform baru sentiasa terbuka

Written By Wadah Baru on Jumaat, 26 Jun 2015 | 8:46 PTG

Oleh Zulhazmi sharif

Tahun lepas semasa krisis MB Selangor, parti itu yang menyebabkan krisis. Mereka yang menghalang pertukaran MB dilakukan dengan licin dan selesa. MB yang dipersetujui hak PKR telah diganggu oleh parti itu. PKR dan DAP bersetuju agar MB ditukar kerana alasan tertentu tetapi mereka menentang dengan alasan MB tidak pernah disiasat dan didakwa di Mahkamah. MB tersebut menjadi besar kepala kerana disokong kuat oleh mereka. MB tersebut memecat Exco-Exco melainkan Exco mereka. Mereka masih selesa dengan jawatan, pangkat dan habuan.

Melihat terumbang ambingnya keadaan ketika itu, dua Adun parti itu membuat tindakan drastik memberikan sokongan kepada Pakatan DAP dan PKR untuk menukar MB. Tujuannya untuk menjaga Kerajaan yang dibina bersama agar tidak dirampas musuh.

Mereka kemudian menggunakan Majlis Syura Ulamak untuk menghalalkan tindakan mereka. Tindakan mereka menyebabkan PKR terpaksa memecat MB tersebut. Apabila dipecat, mereka membuat pusingan u dengan mengatakan kami bersetuju MB ditukar dan Presiden parti itu sendiri mencadangkan dua nama. Kemudian beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan beliau. Sekali lagi Majlis Syura Ulamak diperguna. Mengatakan bahawa jika calon yang dia cadangkan menjadi MB itu dibenarkan menjadi MB maka boleh menyebabkan ahli-ahli masuk neraka. Rakan Presiden parti kawan yang dia calonkan sbg MB dikatakan tidak layak dan kemudian dia menggunakan Majlis Syura Ulamak menjustifikasikan tindakannya menghantar tiga nama daripada parti sendiri sebagai calon MB. Di seluruh negara dia kata kita tidak pelahap jawatan tapi tindakannya ialah dia mencadangkan semua orang dia sebagai MB sedangkan telah dipersetujui bahawa MB adalah hak PKR.

Akhirnya krisis selesai dengan perlantikan MB baru tetapi dua Adun tadi dihukum gantung keahlian selama setahun. Apa salah mereka dihukum? Mereka mempertahankan Kerajaan yang dibina bersama agar tidak dirampas oleh musuh. Mereka sepatutnya diangkat sebagai wira tetapi mereka dihukum kerana menjadi wira. GILA!!

Sekarang, Allah tunjukkan kepada kita bahawa mereka-mereka itu semakin GILA. Apabila DAP memutuskan hubungan dgn mereka atas permintaan mereka, mereka menjadi sasau, kacau bilau. Mereka melihat kedudukan mereka di dalam Kerajaan mungkin terlepas dan keistimewaan mereka ditarik, maka mereka mengeluarkan arahan kepada seluruh Adun mereka di Selangor untuk memberikan sokongan penuh kepada MB. Perlu diingat bahawa sekarang mereka tiada hubungan dengan DAP yang juga rakan di dalam Kerajaan. Mereka terpaksa bergayut kepada PKR yang suatu ketika dulu mereka fitnah, mereka hina, mereka caci. Mereka terpaksa bergayut kepada PKR kerana mereka akan kehilangan keistimewaan mereka. Maka diarahkan sokongan atas dasar mempertahankan Kerajaan yang dibina bersama. Tidakkah itu juga alasan dua Adun yang digantung dahulu?

Allah menunjukkan kepada kita inilah rupa sebenar mereka yang kononnya memperjuangkan Islam yang adil dan Islam yang rahmat untuk semua. Sebenarnya mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan mereka. Mereka menzalimi ahli mereka atas kepentingan mereka.

Dua Adun yang dahulunya adalah wira tetapi dihukum kerana menjadi wira. Sekarang mereka hendak orang mengangkat mereka menjadi wira dalam keadaan mereka zalim kepada orang. Sesungguhnya mereka ini GILA!!!

Sedarlah bahawa bersama mereka akan terus dipesongkan dan disesatkan daripada Islam yang sebenar. Islam bukan agama yang ganas, bukan agama yang rigid. Islam adalah agama kasih sayang yang sempurna yang memberi rahmat kepada semua.

Mereka tidak boleh diubah lagi kerana mereka telah jauh terpesong dengan kepercayaan mereka. Tinggalkan mereka. Platform baru sentiasa terbuka.

(nanti ada orang share status aku ni lps tu kutuk aku kata aku meroyan.... Aku bukan meroyan.. cuma aku nak bagitau dunia bahawa parti itu sudah dipimpin oleh org gila, gila kuasa, gila jawatan, gila pangkat, gila kedudukan, gila harta, duit & kemewahan hingga sanggup buat apa saja sehingga menjual nama Allah untuk mencapai tujuan mereka)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger