Negara tidak memerlukan 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh jika
kerajaan menerima cadangan
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang
menyarankan dana khas bernilai RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu
usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat
kecil untuk memperbaharui, menggerakkan dan menyesuaikan operasi bagi
memenuhi keperluan gaji minima.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, walaupun gaji minima
hanya salah satu dari beberapa teras utama untuk menyelesaikan masalah
pasaran kerja, ia merupakan satu langkah asas yang cukup penting.
Malah tambahnya, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak
memulangkan 'lebihan derma' sebanyak RM2 bilion yang dimasukkan ke akaun
peribadinya dan melabur dengan mewujudkan dana khas seperti yang
dicadang di atas, beliau yakin isu 1.5 juta pekerja Bangladesh, dan isu
belia Malaysia tidak bersedia melaksanakan kerja-kerja 3D (kotor, sukar
dan bahaya) tidak akan berbangkit.
"Oleh itu, saya gesa Putrajaya untuk hentikan rancangan 'pelaburan'
1.5 juta pekerja warga asing dan fokus kepada pelaburan pendidikan dan
modal insan yang merupakan strategi lebih mampan untuk masa depan
pasaran kerja Malaysia," katanya.
Menurut Fahmi, ramai yang bertanya sama ada keputusan membawa masuk
1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebagai langkah yang positif atau perlu.
Malah ujarnya, apabila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi
bertanya sama ada anak muda bersedia untuk mengambil alih kerja-kerja
3D, media melaporkan respons yang diterima tidak begitu
memberangsangkan.
"Apabila kita mengambil pandangan yang lebih jauh dan strategik, kita
akan lihat bahawa isu pekerjaan - sama ada dari aspek gaji, peluang
pekerjaan, pekerja warga asing, #2kerja dan sebagainya - memerlukan
bukan sahaja perubahan minda dan budaya di kalangan penggubal dasar
tetapi juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk juga golongan pemodal,"
ujarnya yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR.
Menurutnya, isu pekerjaan harus dilihat dari aspek pelaburan bukan
sahaja untuk membina kilang, jalan, dan prasarana pasaran yang lain,
tetapi juga pelaburan modal insan dari segi pemahaman hak dan tanggung
jawab pekerja terutamanya mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja.
"Dan jika Perdana Menteri Najib Razak memahami isu pasaran kerja ini
sepenuhnya, dan oleh sebab 'derma' itu tidak salah di sisi undang-undang
seperti yang dikata Peguam Negara, beliau tidak sepatutnya pulangkan
RM2 bilion lebihan dari 'derma Sheikh Saudi' itu.
"Beliau sepatutnya 'menderma' jumlah yang besar itu kepada Putrajaya
untuk membangunkan pasaran kerja demi masa depan modal insan di
Malaysia," katanya sinis.
Home »
artikel
,
Berita
» Jika PM labur RM2 bilion, Malaysia tidak perlu 1.5 juta pekerja Bangladesh
Jika PM labur RM2 bilion, Malaysia tidak perlu 1.5 juta pekerja Bangladesh
Written By Wadah Baru on Khamis, 18 Februari 2016 | 12:09 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan