Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini
yang hanya merencatkan
keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di
universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai
Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu
sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan
usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.
“Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah
kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan
Rakyat ketika itu.
“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang
betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih
mengurus, bukan menjadi tuan.
“Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah
tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH
(Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi
faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas
pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Skudai itu ketika dihubungi
Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September
tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah
ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai
dasar perjuangan.
“Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam
memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan
Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.
“Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh
kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia
akademik sebelum bersara pada Disember 2014.
Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi
bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan
menyertai Amanah.
Pas ke belakang, ahli akademik pilih Amanah
Written By Wadah Baru on Khamis, 18 Februari 2016 | 12:05 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan