Oleh HJ MOHAMAD BIN SABU
. Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan
berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan Parlimen ini kerana
mempraktikkan semangat setiakawan dan kejujuran berpakat sepertimana
yang sepatutnya wujud dalam Pakatan Harapan (PH).
2. Kenyataan
berhubung dua pilihan raya kecil ini sewajarnya dibincang dan
dipersetujui dahulu di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH khasnya
setelah berlakunya kecelaruan semasa pilihan raya negeri Sarawak.
AMANAH
yakin tiada mana-mana rakan PH yang mahu melihat pengalaman buruk
tempoh hari berulang.
3. AMANAH amat menghargai cadangan pelbagai
pihak dan individu pimpinan parti berhubung kedua-dua PRK ini. Namun,
AMANAH menegaskan bahawa tiada yang muktamad sehingga diputuskan dalam
mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan.
4. Budaya kenyataan
dan tindakan unilateral boleh diamalkan oleh pihak lain tetapi AMANAH
menegaskan ianya tidak boleh dan tidak wajar menjadi amalan Pakatan
Harapan. Atas keinginan dan komitmen terhadap pendekatan muafakat
politik yang jujur dan ikhlas ini, maka AMANAH ditubuhkan meskipun ada
yang terpaksa meninggalkan parti asal mereka.
5. AMANAH mahukan
PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus membina
keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan
mencabar BN sebagai kerajaan menanti.
6. AMANAH berpendapat
bahawa dua PRK ini mesti dilihat dalam perspektif yang tepat dengan
matlamat yang khusus. Ia mesti dilihat dalam rangka membina kekuatan PH
dalam mendepani PRU14. Implikasi baik buruk terhadap PRU14 perlu dihadam
dengan jelas (Fiqh Al-Maalat/Fiqh Kesan-Konsekuensi).
7. AMANAH
secara konsisten menyeru semua pihak, khususnya rakan PH, untuk
menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin
sekadar menyingkir Najib, di belakang PH. Tidak perlu dan jangan ada
usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain.
8. Mesyuarat
AMANAH peringkat Nasional hari ini telah membuat penilaian dan analisa
berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. AMANAH akan mengesyorkan
tindakan sewajarnya kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan;
i. Syor yang dibawa AMANAH bertujuan mengukuhkan kedudukan PH sebagai
satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan
menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan PH sebagai
pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat.
ii. AMANAH menyeru
semua pihak supaya meletakkan keyakinan penuh terhadap PH. Tumpukan
usaha kepada pengukuhan PH dan menanamkan kefahaman bahawa persaingan
antara BN dan PH perlu diutamakan.
iii. Persaingan ini perlu dibawa ke PRU14 supaya PH dilihat sebagai satu-satunya saingan untuk membentuk sebuah kerajaan baru.
9. Demi mencapai kemenangan ke atas kerajaan BN yang telah lama
mengabaikan hak dan kepentingan rakyat, kerja-kerja mengukuhkan PH
secara bulat dan muktamad perlu dilakukan sekarang!
“Harapan Baru”
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
15 Mei 2016
PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan
Written By Wadah Baru on Ahad, 15 Mei 2016 | 4:57 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan