Home » , » Anwar bijak menjinakkan 'bishop' dan 'knight'nya

Anwar bijak menjinakkan 'bishop' dan 'knight'nya

Written By Wadah Baru on Selasa, 18 Ogos 2015 | 9:45 PG

Oleh Muhaimin Sulam

Solusi TSKI dengan Saifudin Nasition semalam memperlihatkan satu lagi kelicikan (kebijaksanaan) Anwar Ibrahim mencipta satu langkah politik tanahair.

Mahkamah sekali lagi menjadi panggung pilihan Anwar menarik khalayak ke layar ciptaan sutradara yang terpenjara.

Watak Anwar sentiasa bebas dan sukar diramal. Meski dianggap Anwar sebagai watak sang gagal, tapi ingat bahawa drama ini belum habis. Jangan keluar panggung dulu.

Aku bukanlah pengkagum Anwar. Namun, politik ciptaannya mencabar status quo. Suka atau tidak, plot politik Anwar sarat dengan hikayat berangkai.

Politik gersang adalah kondisi ahli politik yang bertindak sang pendendam. Ia tidak mencipta apa-apa langkah, tindakan atau produk tapi lebih sebagai Tukang Timbang atau Sang Pembungkus dan tukang tampal label.

Anwar bijak menjinakkan 'bishop' dan 'knight'nya di papan catur untuk 'berdamai'. Siapa 'King' yang ingin diselamatkan oleh Anwar?

Pemimpin yang hebat mencipta jalan penyelesaian sendiri tidak menanti 'malaikat dari langit' turun.
Aku ingin terbang ke awan biru.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger