Oleh Shahbudin Husin
Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula.Dulu ketika menjadi menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik
pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.
Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan
kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama ahli-ahli
Parlimen pembangkang.
Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai timbalan perdana
menteri di samping menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan
kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan
kerajaan ini lebih langkap dan terperinci lagi.
Beliau siap mendedahkan perancangan tok dalang itu ialah melibatkan
akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan
peguam yang juga diketahuinya identitinya.
Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok
dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu
perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 6 petang semalam (Ahad)
untuk meminta maaf.
Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung
di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur
untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.
Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang
hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui
perdana menteri.
Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Gerik menjelang jam 8 malam.
Kesian wartawan...
Pewakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saduddin yang video ucapannya
tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib "kencing" tiga juta ahli
Umno, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid
ini berlaku sebelum beliau berucap.
Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat
perwakilan Umno Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan Tan Sri Muhyiddin
Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.
Sambil itu, di depan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menteri Besar
Perak yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut yang memang diketahui
penyokong kuat Muhyiddin, Zahid turut mendedahkan mereka berdua
mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Kami (Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh, jadi kami faham perasaan orang jatuh, tambahnya lagi.
Ehem, ehem...pertahankan Muhyiddin pulak?
Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib
berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 billion yang diakui masuk ke akaun
peribadinya?
Dari Kemaman, kemudian ke Semporna hinggalah ke Pontian, pentas
perasmian mesyuarat perwakilan Umno minggu ini meriah dengan
peluru-peluru yang dilepaskan Muhyiddin kepada Najib.
Tetapi Zahid yang antara peranan utamanya dilantik sebagai orang nombor
dua dalam kerajaan ialah untuk mempertahankan Najib, bukan saja tidak
menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan Muhyiddin itu, bahkan
membersihkan lagi nama timbalan presiden Umno itu tidak terlibat dalam
komplot mahu menjatuhkan kerajaan.
Selepas beliau mendedahkan adanya dalang yang mahu menjatuhkan Najib
dan menggulingkan kerajaan, jawapan yang ditunggu orangramai tentunya
ialah siapakah orang yang dimaksudkannya itu?
Kalau betul sudah ada cukup maklumat dan yakin ianya bukan maklumat
tepi jalan atau khabar yang dibawa burung-burung berterbangan, malah
berdegar-degar mengatakan langkah mayatnya dulu jika pertukaran kerajaan
melalui pintu belakang mahu dilakukan juga, maka dedahkanlah nama siapa
dalang itu?
Buat apa mendedahkan tentang Muhyiddin yang tidak terlibat? Orang ingin
tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.
Ngomonglah sopo dalang sing terlibat, sopo sing orak terlibat...ojo meneng waeh...
Peninglah....
Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini
Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan
prestasinya. – shahbudindotcom.blogspot.com
Home »
artikel
,
Penulis Tamu
» Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.
Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.
Written By Wadah Baru on Selasa, 18 Ogos 2015 | 9:40 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan