Oleh Wan Salman Wan Sallam
Mungkin
kerana sebuah jamaah itu menjadi suatu entiti politik dan bergerak atas
nama dan oraganisasi yang sama, PAS terperangkap dalam agenda
“penyucian fikrah” dan propaganda “kemaksuman pemimpin”.
PAS dilihat sukar menerima realiti dalam sebuah organisasi besar,
apatah lagi yang bersifat politik, pertembungan idea ialah sesuatu yang
normal malah sihat jika berstrategi dan berjalan dalam ruang lingkup
perlembagaan organisasi itu sendiri.
Malang sekali, atas nama mentaati pemimpin dan ulama, golongan yang
berbeza pendapat dengan begitu sahaja dilabel antiulama dan
antipresiden.
Malah jika asal mereka daripada organisasi lain, lebih padulah serangan
terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru
atau dipopularkan di media sebagai “GHB” sebagai natijah keputusan
muktamar PAS baru-baru ini.
Tidak lain tidak bukan, mereka yang dahulunya membentuk organisasi
Majlis Syura Muslimin (IRC) yang kembali ke tanah air dan menyertai PAS
atas jemputan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi sendiri. Berbagai-bagai fitnah
dan tuduhan dilemparkan. Antaranya ialah membawa agenda sekular dan
liberal dalam parti dan mempunyai konspirasi menjatuhkan PAS dan
pimpinannya.
Bukti yang dikemukakan, yang menjadi “leverage” mereka ialah dokumen
“grand design” yang dibentangkan Saari Sungib dahulu ketika dalam Jamaah
Islah Malaysia (JIM). Dokumen tersebut memperincikan cadangan memasuki
Umno dan justifikasi cadangan tersebut.
Maka mereka pun sejak dahulu lagi mengulang-ulang betapa bahayanya
golongan IRC ini (kini dihalakan juga pada IKRAM, sebuah NGO yang
ditubuhkan susulan JIM) kerana akan meliberalkan dan menghilangkan
“asolah” (kesucian) dakwah dan siasah PAS jika mereka diberi muka.
Namun berlaku jujurkah mereka yang menguar-uarkan hal “grand design”
ini apabila mereka hanya menyebarkan dokumen tersebut tetapi tidak pula
menyebarkan bahagian cadangan itu ditolak pimpinan JIM terdahulu?
Kedua, ketakutan golongan ini terhadap pertembungan idea dalam parti
hanyalah membuktikan dilema dan keraguan dunia terhadap kemampuan
golongan Islamis dalam berpolitik. Mampukah Islamis ini menjadi demokrat
atau adakah mereka sekadar menggunakan demokrasi untuk mencapai maksud
mereka semata-mata?
Jika dokumen itu diluluskan sekali pun, manakah bahagian dokumen itu
yang boleh disabitkan “dosa” dan lebih mengarut daripada baiah talak
tiga isteri?
Jika IRC ini segolongan manusia yang ingin memasuki dan menguasai
tampuk pimpinan dan pengaruh dalam PAS sekali pun, adakah ini menjadikan
mereka antiparti dan gololongan yang ingin menjatuhkan parti? Adakah
sebab mereka golongan “luar”, mempunyai perbeaan pendapat dan berhasrat
menyebar luaskan idea mereka dalam parti menjadikan mereka pengkhianat
parti?
Mengingkari arahan Presiden dan pimpinan parti ialah satu hal. Namun
adakah berbeza pendapat “per se” merupakan sesuatu yang haram sedangkan
mereka menggunakan saluran yang disediakan dalam PAS, sebuah parti yang
berdaftara bawah ROS dan mempunyai perlembagaan sah sendiri?
Mana mungkin untuk sebuah parti yang mahu kekal relevan hanya wujud
satu golongan dengan idea tunggal sahaja. Walaupun PKR dari luarnya
kelihatan seperti parti liberal dan demokratik dan cenderung pada idea
pasaran bebas ala-AKP di Turki, namun tidak lagi rahsia ada sahaja ahli
Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding, dan menjadi ahli Parlimen
dengan tiket PKR.
Dalam Umno juga walaupun ramai golongan ultranasionalis ala – PERKASA,
namun ada sahaja golongan yang lebih sederhana yang masih kekal dalam
Umno kerana masih optimis terhadap masa depannya.
DAP juga kini giat berusaha mengubah wajahnya supaya lebih berupa
Malaysia yang majmuk walaupun ada sahaja sesetengah golongan dalamnya
yang tidak menyenangi perkembangan ini.
Lebih memamlukan, bukan sahaja tidak mahu berbeza pendapat dengan
mengiktiraf kesucian diri, malah golongan ini juga bermain di padang
berbeza dengan menggunakan media rasmi parti dan akaun media social
rasmi parti untuk “membimbing” ahli memilih golongan yang dipercayai
menyebelahi satu pihak. Sedangkan jika benar mahu keluarkan senarai,
jadilah anak jantan dan gunakanlah ruang yang adil atau berikan juga
peluang kepada golongan “iRC” dan “liberal” ini peluang yang sama untuk
menggunakan medium-medium itu.
Tidak cukup dengan itu, setelah terjadi buat kali pertama dahulu, Dato’
Seri Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS yang sepatutnya menjadi
pengaman tidak kira beliau dalam mana-mana kem sebaliknya menambah
minyak dalam api apabila menggelar golongan sedemikan “broker” dan
“barua” sedangkan beliau sendirilah yang menjemut “broker” dan “barua”
ini memperbaharui parti.
Jika benar PAS ingin terus berada dalam arena demokrasi dan mahu teru
relevan dalam politik melangkaui Kelantan dan Terengganu, lebih baik PAS
memikirkan strategi bagaimana mahu terus dalam Pakatan dan meluaskan
pengaruh seterusnya mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum dan
agama.
Benar, keradaan Allah ialah tujuan mutlak kita hidup, bukan sahaja
berpolitik. Namun adakah Allah reda kemenangan dalam parti dan kekalahan
dalam politik negara kerana kegagalan untuk mengenal pasti silap
sebenar dan sekadar menuding jari kepada pihak lain?
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan