GEORGE TOWN: Polis hari ini menahan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau
kerana memuat naik kiriman Facebook menghina Datuk Seri Najib Razak dan
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac lepas.
Hew, yang juga terkenal dengan panggilan “Superman” dan peminat
komik, merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia yang bertempat di
bangunan Komtar.
Beliau ditahan 3 anggota polis berpakaian biasa pada 1.20 petang, menurut pengurus muzium, Raymond Chong.
Hew, yang juga bekas pengerusi DAP Teluk Intan, memuat naik poster
parodi filem Disney Beauty and the Beast. Bersertakan gambar Najib dan
Rosmah, ia juga mengandungi ayat: “看不到beauty and the beast, 就看Jibbie and
the b***h吧!” (“Tak dapat tonton Beauty and the Beast, jadi tontonlah
Jibbie and the b***h!”).
Hew difahamkan akan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya. Penangkapan itu
dipercayai selepas laporan polis yang difailkan di balai berkenaan.
Kiriman parodi Hew itu dikongsi lebih 5,000 pengguna dengan lebih 700 komen.
Hew mengumumkan keluar DAP selepas kontroversi beliau mengeluarkan
kenyataan berbaur perkauman pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
‘Superman’ ditangkap selepas parodi filem Disney hina Najib, Rosmah
Written By Wadah Baru on Isnin, 20 Mac 2017 | 2:30 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan