Home » , » PRU14 satu lawan satu: Adakah ianya mungkin?

PRU14 satu lawan satu: Adakah ianya mungkin?

Written By Wadah Baru on Khamis, 22 September 2016 | 12:19 PTG

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berpandangan Pakatan Harapan, Bersatu dan Pas agak sukar untuk mengusahakan pertandingan satu lawan satu sekiranya Pas terus berpendirian mempertahankan kerusi yang pernah dimenangi parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bahkan paling rumit kerelaan antara PKR, Amanah, DAP dan Pas untuk bersedia memberi laluan sesama sendiri pada kerusi yang pernah dimenangi dan ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.

"Yang lebih rumit adalah mengusahakan satu lawan satu. Ini akan hanya tercapai apabila semua sepakat bahawa kerajaan perlu diganti. Sekiranya ada yang beranggapan pilihan raya ke-14 adalah seperti pilihan raya- pilihan raya sebelumnya, BN menang pun kita tetap boleh hidup, maka keadaan satu lawan satu tidak akan tercapai.

" Ini adalah kerana untuk ianya tercapai, semua parti mesti menyertai gabungan parti politik pembangkang dan bersedia juga untuk memberi laluan sesama sendiri.

"Dan ini dilakukan kerana diinsafi betapa buruknya kerajaan Umno-BN dan bagaimana kerjasama menjatuhkan Umno/BN akan menyelamatkan negara dan mengukuhkan semua parti pembangkang," ujarnya.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah dalam tulisan di blognya hari ini menjelas, Pakatan Harapan sanggup berbuat demikian kecuali Pas berdasarkan kepada tindakan parti itu sebelum ini.

Pas ujarnya dengan pemikiran baharu parti itu dahulu. Pas dahulu sanggup memberi laluan kepada PKR semasa parti itu baru ditubuhkan.

Mereka yang berhujah mendesak supaya Pas beri laluan kepada PKR dahulu hari ini digelar ‘pengkhianat’ dan ‘lebih mementingkan Keadilan’.

Mereka dituduh sebagai pemimpin yang menyerahkan ‘kerusi Pas’ kepada pihak lain, ‘musuh dalam selimut’ dan sebagainya.

Persoalannya, dalam keadaan itu, bagaimana pimpinan Pas baharu,yang telah naik melalui serangan dan tohmahan sedemikian rupa terhadap pimpinan lama, boleh bersedia memberi laluan kepada parti Bersatu dan Amanah? Tidakkah tindakan sebegitu akan mengundang tuduhan sama terhadap
mereka pula?

"Saya melihat Pas sebagai parti yang paling banyak perlu memberi laluan. Ini adalah kerana kedua-dua parti baharu iaitu Amanah dan Bersatu ingin bertanding di kawasan Pas bertanding.
"Sedangkan Pas merupakan parti yang paling tidak bersedia memberi laluan.
"Ini adalah atas dua sebab. Pertama kerana Pas berpegang kepada tafsiran ‘kerusi yang pernah ditandinginya adalah milik Pas’. Ini termasuk juga kerusi yang ditandingi PKRyang dianggap ‘dipinjamkan’ kepada PKR.

"Kedua kerana Pas baharu melihat Umno-BN “tidak sama seperti firaun”, maka tidak jatuh pun tidak mengapa," tulisnya.

Khalid berkata walaupun beliau bersetuju bahawa satu lawan satu adalah pendekatan terbaik untuk menjamin kemenangan, namun tiada jaminan ianya
akan tercapai.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi keadaan tiga penjuru.

"Selalu dikatakan “usahakan yang terbaik tetapi bersedia untuk yang terburuk”. Ini adalah kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang menetapkan.

"Kali ini saya yakin, Allah telah menetapkan bahawa Pas akan bersendirian, terpinggir dan tidak lagi releven," ujarnya.

Justeru katanya Amanah yang genap setahun penubuhannya pada 16 Setember perlu bersedia untuk mengagihkan kerusi yang pernah ditandingi Pas di antara Amanah, Bersatu dan PKR.

Walau bagaimanapun ujarnya lagi, ianya perlu dikaji dari sudut kemungkinan dicapai kemenangan mengambil kira kekuatan sokongan, ketokohan calon dan sebagainya.
"Amanah sentiasa bersedia untuk berbincang, tidak seperti Pas," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger