Home » , » CikguBard membunuh kerjayanya .....

CikguBard membunuh kerjayanya .....

Written By Wadah Baru on Khamis, 22 September 2016 | 12:18 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar
 Semalam saya telah menerima kiriman menerusi email surat daripada Badrul Hisham Shahrin alias CikguBard tentang pemecatannya daripada PKR. Intipati kandungan surat itu beliau meminta Presiden PKR Dr Wan Azizah mejelaskan justifikasi pemecatannya . Ia terheret kepada cerita komitmennya dalam perjuangan menerusi parti itu dan mempertikaikan tindakan double standrd ke atasnya. Sambirin itu mengkritik terus Minali.

Secara tidak langsung juga beliau memberi tahu beliau banyak menyimpan rahsia sulit parti dan individu2 tetentu kalau didedahkan mendatang bala kepada PKR.

Sebelum ini saya memerhati sahaja lagak CikguBard yang suatu masa antara anak muda yang ada dalam hati saya mengenai aksi penampilannya di telivisyen. Saya melihat dia seorang yang berani, jujur tetapi kurang bijaksana dan memahami sepak terang politik. CikguBard terperangkap dalam dirinya sendiri yang dia tidak tahu mencari arah untuk keluar dengan baik. Mungkin kerana terlalu obses dia sesat dijalan nyata. Dia cuba masuk gua untuk mendapat bat guano tetapi hilang jalan keluar.

Berhubung dengan pemecatannya dan sikap yang diambil, saya rasa elok dia berdiri sebagai CikguBard yang pejal itu. Tidak usah sertai atau merayu untuk bersama PKR lagi. Keadilan yang dicari walaupun dalam parti bernama Keadilan tidak akan ditemui. Apa kena ingat Keadilan adalah parti politik yang tidak dapat melarikan diri dari prinsip politik Mechiavelisme seperti parti lain juga.
 Kalau parti agama pun boleh tunggang langgang apa lagi parti liberal seperti PKR? Saya selalu bermadah keikhlasan, kebenaran dan kejujuran tidak ada dalam politik. Itu semua adalah fatamorgana.

Di sinilah kegagalan CikguBard menghayati erti dan makna politik menyebabkan dia kecewa kadang2 saya rasa dia mengalirkan air mata mengenang nasib dirinya. CikguBard membunuh kerjayanya kerana kejahilan itu. Negara bakal hilang seorang anak muda berjiwa Bugis.

Mengenai pemecatan itu saya kira adil. PKR memberi masa panjang untuk beliau bermuhasabah diri kemudian menjadi seperti CikguBard yang awal dulu. Namun gagal, emosi, dendam dan kemarahan (babil) menjadi CikguBard tidak waras dalam berpolitik. Peluang itu disia-siakan. Orang menjadi hilang sayang dan kagum kepadanya kerana sikap melebih-lebih itu. Sebab itu kita jangan melampau dalam apa juga tindakan.

CikguBrad juga seakan terjerat dengan keserononakan diri sendiri yang akhir menyebabkan dia mengemis untuk kembali ke dalam parti. Bagi saya penjelasan yang diminta menerusi surat itu adalah keinginan hati kecil CikgudBard kepada politik dan rasa sayang kepada gerakan refomasi yang dilanggani oleh PKR dan dijuangkan olehnya sepenuh jiwa. Apa tidaknya semua tribulasi dan mehnaj perjuangan dilalui dan dirasainya. Penjara, tumpahan keringat hatta darah juga. Saya pernah mengalirkan air mata kekaguman apabila melihat dahi Cikgubard berdarah.

Cadangan saya, cikguBard yang kini banyak bercakap memberi markah kepada BN, dan hampir bisu terhadap skandal membabitkan Rosmah dan Najib elok sahaja sertai Umno. Umno memerlukan pejuang seperti anda, yang pejal dan berani berkata benar dan tolak tidak jatuh. Kalau itu yang cikguBard yakin teruskan, tidak berdosa menukar parti dik Jangan termakan dengan dogma oleh ustaz burung ketut. Selamat duhai adikku pejuang rakyat. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger