Pas menolak DAP dan mereka yang bersamanya kerana parti itu menolak
penyelesaian agama untuk negara, tegas Ketua Pemuda Pas Malaysia Nik
Nohamad Abduh Nik Aziz.
Malah katanya, DAP bukan sahaja berani menolak agama untuk negara
tetapi juga berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah negara menggunakan pendekatan
Islam.
"Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agama-Nya.
Justeru Pas mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara
DAP," katanya dalam ruangan kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyeru rakyat agar menolak sebarang penyelesaian yang menolak pesanan-pesanan agama.
"Pas menolak mereka yang bermusuh dengan Allah, Rasul dan agama-Nya.
Ia hanya ajakan meninggalkan kemurkaan-Nya menuju kemurkaan-Nya yang
baru. Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan
yang diredhai Allah," ujarnya.
Beliau berkata, rakyat sebenarnya bukan hanya berhadapan dengan
krisis kemelaratan ekonomi dan kesempitan hidup sahaja bahkan krisis
yang turut melanda adalah bagaimana rakyat melihat kepada penyelesaian
sebenar isu-isu negara.
"Adakah dengan hanya menukar kerajaan lama, maka ia mencukupi untuk masa depan negara yang lebih baik? "soalnya.
Katanya, kehancuran negara adalah kerana negara itu menjemput kemurkaan Allah.
"Apabila kemurkaan-Nya memuncak dengan kehendak-Nya, Allah pasti menghancurkan negara tersebut dengan seburuk-buruk kehancuran.
"Ia bukan lagi dengan menghancurkan ekonominya, bahkan ia membawa
kepada fitnah terhadap agama dan iman. Rakyat akan sanggup mencari
sesuap nasi dan keselesaan hidup walaupun terpaksa menggadai agama
mereka sendiri. Adakah lagi kehancuran manusia yang lebih buruk daripada
itu?" soalnya lagi.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan