Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Pas, Nik
Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa DAP menentang Islam sebagai kenyataan
bersifat propaganda bagi membangkitkan api perkauman berasaskan sentimen
agama.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, perjuangan DAP dan
parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan sebenarnya adalah bagi
menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan oleh kleptokrat Umno
pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, usaha tersebut adalah perjuangan yang dituntut Islam
seperti mana hadis Nabi, "Jihad paling afdhal adalah berkata benar
terhadap pemimpin yang zalim".
"Kenyataan YB Nik Abduh jelas beliau kini menjadi lidah Umno yang
hanya bergantung kepada sentimen perkauman dengan menyerang DAP. Perdana
Menteri dan kabinetnya tidak mampu lagi menjawab isu dan skandal yang
sedang merantai mereka.
"Oleh kerana, Pas dilihat tidak mahu bersama Pakatan Harapan, maka
adalah jelas Pas tidak mahu membentuk kerajaan baru tetapi mahu
menyelamatkan Umno. Menyelamatkan Umno bermakna Pas tidak mahu membela
rakyat daripada kesusahan dan kezaliman dan seterusnya enggan untuk
menyelamatkan negara daripada kleptokrasi.
"Perjuangan menumbangkan kleptokrasi adalah perjuangan utama rakyat
sekarang dan tuntutan utama Islam kerana Allah melarang kita daripada
cenderung kepada kezaliman (Hud:113)," dipetik daripada kenyataan beliau
hari ini.
Sehubungan itu, kegagalan Nik Abduh untuk meletakkan perjuangan
menumbangkan Umno-BN, ujarnya, hanya akan menyebabkan rakyat terus
menderita.
"Kini, adalah masa untuk semua rakyat tidak mengira kaum dan agama
bangkit membebaskan negara daripada kezaliman dan korupsi. Usah biarkan
negara ini terus dikuasai kleptokrasi. Pas jelas hanya mahu memecah
belah pakatan pembangkang dan Pakatan Harapan seharusnya terus mara ke
depan dan biarkan Pas ditolak rakyat kerana sikap mereka untuk bersekutu
dengan Umno adalah pilihan mereka," tegasnya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, keputusan kerajaan mengenakan cukai
barang dan perkhidmatan (GST), menaikkan harga barang termasuk petrol
dan rumah, berbelanja mewah dan membazir bukan sahaja oleh kerajaan
malahan isteri Perdana Menteri sendiri menunjukkan Umno tidak
mengutamakan kebajikan rakyat yang sedang hidup menderita dan tertekan
dengan keadaan ekonomi negara hari ini.
"Skandal penyelewengan dan korupsi 1MDB, Felda, Mara dan banyak lagi
agensi kerajaan telah menyebabkan kejatuhan nilai ringgit yang kesannya
telah membebankan rakyat. Hutang negara akibat penyelewengan dan korupsi
ini perlu ditanggung rakyat terutama generasi muda.
"Generasi muda hari ini bukan sahaja sukar mencari pekerjaan malahan
terpaksa menanggung beban hutang yang banyak akibat salahurus tadbir
kerajaan. Bukankah semua perkara ini satu kezaliman terhadap rakyat yang
wajib ditentang?" bidasnya.
"Seharusnya semua pihak bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini
bagi membentuk pakatan yang kuat untuk membentuk kerajaan baharu yang
bersedia melakukan reformasi kepada sistem yang korup ini berasaskan
kepada prinsip integriti dan urus tadbir yang baik (good governance),"
ujarnya lagi.
Pemuda Amanah sifatkan Nik Abduh lidah Umno
Written By Wadah Baru on Selasa, 7 Februari 2017 | 12:40 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan