Home » , » Penyakit Suka Melebel Rupanya Penyakit Berstatus Universal !!!

Penyakit Suka Melebel Rupanya Penyakit Berstatus Universal !!!

Written By Wadah Baru on Selasa, 7 Februari 2017 | 12:51 PTG

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Bila melihat keadaan rakyat yang betul-betul sedang sakit dengan keadaan ekonomi yang teruk sangat, saya teringat apa yang berlaku di Turki dahulu iaitu beberapa bulan sebelum Erdogan dan partinya AK menang besar dalam pilihanraya di Turki.

2, Alhamdulillah, ketika Erdogan dan partinya menang pilihanraya di Turki buat kali pertama, saya sempat berada di Turki dan sempat berjumpa dengan Erdogan in person,

3. Saya juga berpeluang berjumpa beberapa menteri dalam kabinet AK party . Pada masa itu, PM Turki adalah Abdulah Gul kerana Erdogan dilarang untuk bertanding.

4. Bila saya tanya beberapa pimpinan AK bagaimana mereka boleh menang begitu besar, antaranya mereka memberi alasan bahawa ekonomi Turki ketika itu dalam keadaan begitu nazak dan matawang Turki pula begitu rendah nilainya. Mereka kata kami bertekad mahu bawa rakyat keluar dari wajah muram kepada wajah yang tersenyum, Mereka kata " we want people to smile again."

5. Masa itu Erdogan dan ramai pimpinan AK party adalah mantan pemimpin utama parti Refah . Mereka keluar dari Refah atas sebab-sebab tertentu. Parti Refah juga bertukar kepada parti Sa'adat dan menyertai pilihanraya tapi tewas teruk dalam pilihanraya.

6. Beberapa tahun selepas itu, apabila saya dan Dr Zul pergi ke Turki dan berjumpa beberapa orang pimpinan parti Sa'adat, teruk mereka hentam AK parti dan Erdogan . Pelbagai label dilemparkan ke atas Erdogan oleh pimpinan2 Saadat itu. Bila saya kata kpd mereka yang saya nampak politik Erdogan mcm ada persamaan dengan sdr Anwar Ibrahim, Anwar pun mereka bantai.

7.So, bila saya dan ramai pimpinan Amanah sekarang dengar pebagai label dilemparkan oleh parti tertentu yang bermentaliti " holier than thou" teringat saya peristiwa di Turki tu...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger