Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...
Para
ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad
dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah
(PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda
dan harta yg tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang
sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa
itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama
melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.Para ex-aktivist PEMUDA
inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg
memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima
sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja
oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq
Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana
sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam
baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2
menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. Setelah zaman
berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga
dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org
Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan
Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas
pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di
Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan
Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00
pg waktu Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn
politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya,
Husam Musa.Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia
akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali
sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
Memang
zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah
nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak
panggil saya Doktor....
Namun jauh di sudut hati barangkali kami
saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg
tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam
mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di
Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya
blh berharap dan mengimpikan.Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm
muktamar.....
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari
Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah.
Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut
seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah
yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita
menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah
swt nak tegur ni.Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah
menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana
kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan
kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
Kami satu rombongan dtg ke
Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH
menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima.
Bila
program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust
Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kami tak jemput Mad Sabu dan
Pimpinan Pemuda bagi pengisian.Selama ni sejak lbh setengah abad PAS
meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya
mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.
Masa
tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot
persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu
bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan
membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun
Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2Namun apabila Mat Sabu
bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati
memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen.
Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen.
Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.
Beliau hidup sederhana,
sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun
sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama
petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul
sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana
perjuangan.Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2
baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan
mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah
berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2
ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg
berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.
Silakah berMUHASABAH
ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH
Written By Wadah Baru on Khamis, 16 Julai 2015 | 11:18 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan