Home » , » Juham Prejudis

Juham Prejudis

Written By Wadah Baru on Sabtu, 31 Oktober 2015 | 3:05 PTG

Oleh Husam Musa

Jemputan Dato Wan Mutalib selaku Pengerusi Juham untuk saya bersemuka - sangat saya alu-kan. Saya bersetuju berjumpa Juham.

2. Serentak menghulurkan jemputan terbuka, Juham telah membuat pelbagai komen yang agak berat sebelah dan memihak serta excuse yang tidak munasabah.

3. Menjelang perjumpaan - Juham perlu menjelaskan lebih lanjut tujuan perjumpaan, format, tajuk dan tata caranya. Pembantu saya akan menghubungi Dato Wan InsyaAllah.

4. Adakah perjumpaan nanti adalah  semi perbicaraan?

Jika ia semi perbicaraan, Juham tidak sesuai kerana Pengerusinya telah bernada prejudis kepada saya, termasuk tajuk posting itu sendiri : 'Itu Sikap Yang Tidak Betanggung Jawab - Wan Mutalib'.

4. Jika ia untuk mencari duduk perkara, Juham boleh meneliti lima surat terbuka saya (asalnya sebahagian adalah tertutup) dan boleh mengambil inisiatif melakukan investigation awal dengan bertanyakan pihak yang bertanggung jawab.

Badan sehebat Juham tentunya mempunyai standing yang dihormati. Lagi pun semua pihak mesti accountable kepada parti, termasuk organ parti. Serentak dengan itu, pihak bertanggung jawab mesti juga bersifat telus. Lagi pun, kata Juham, pendengaran hendaklah dari kedua belah pihak.

Apa pula perlunya excuse : 'rekodnya adalah rahsia pentadbiran negeri' .

Sebagai bekas Exco Kerajaan Terengganu dan peguam senior, saya yakin Pengerusi Juham arif perbezaan antara minit mesyuarat yang diklaskan dan maklumat dari mesyuarat yang bersifat kepentingan awam yang boleh didedahkan oleh pihak terlibat.

Jika awal-awal lagi Juham meletakkan dirinya terpenjara, saya ragu ada manafaat apa-apa dari perjumpaan kita.

5. Sehubungan semua surat saya, apa sikap Juham jika wujud salah urus di mana-mana pihak?

6. Apakah Juham bersedia menjadi orang tengah membetulkannya?

Saya mengulangi soalan saya yang saya sifatkan dari hati sanubari saya, apa pendirian Juham terhadap isu penebangan hutan simpan secara tebang habis dan pemusnahan alam. Soalan lanjut seperti telah saya terterakan tiap satunya dalam surat saya sebelum ini???

7. Dalam konteks kelulusan tebang habis, saya fokuskan kepada keputusan-keputusan terbaru - current decision. Tuan lah yang memulakan mempersoalkan kenapa dulu saya tidak menegur yang memaksa saya mendedahkan sedikit dari lintasan lalu. Itu pun dengan penuh hemat dan jimat.

8. Ada sekurang-kurang lima surat saya kepada Kerajaan Kelantan.

Surat pertama saya ialah mengenai tuduhan saya telah mendapat konsensi balak laluan Lebuhraya KB-KK di Ulu Sat yang telah diviralkan.

Apa sikap Juham terhadap fitnah yang (mungkin) dilakukan oleh ahli PAS sendiri (saya boleh membantu Juham menyiasat) yang telah memfitnah Adun Pas???

Pada waktu itu, saya tengah uzur. Mungkin tuan tidak menyedarinya di waktu itu, hingga tiada sesiapa yang menghulurkan simpati kepada saya. Itu tidak penting tetapi dibangkitkan sekadar menunjukkan kejamnya mereka ini.

Sebelum dan menjelang Muktamar Pas, saya serta ramai lagi rakan yang lain telah difitnah bertubi-tubi.

Apa sikap Juham? Apa perkhidmatan guaman yang boleh diberikan oleh Juham pada saya?

Kalau tidak silap saya, Juham juga bermaksud melindungi hak asasi manusia.

Fitnah adalah gangguan ke atas hak peribadi manusia dan lebih lagi, hak sebagai ahli Parti Islam.

Saya menuntut Juham meneliti perkara ini dan bertindak membela pihak yang teraniaya, termasuk saya.

Sekadar satu contoh, dua anggota Jawatan Kuasa Pas Pusat sekarang pernah memfitnah saya menerusi FB mereka, bahawa saya adalah dalang di sebalik tindakan dua Adun Selangor. Mereka kini adalah AJK Pas Pusat. Adakah Juham berani?

9. Terkini,  Al Fadhil Ustaz Zaharudin Muhammad, bekas Ahli Majlis Syura  sedang meracau.

Apa tindakan dan nasihat Juham?

Bukankah beliau adalah menantu Presiden kita? Walaupun tindakan menantu tidak semestinya terkait dengan mertuanya, tetapi bukankah tindakannya itu boleh memburukkan imej parti dan di luar akhlak mulia.

10. Adakah Juham berpendirian, sesuatu Kerajaan itu tidak boleh ditegur?

Adakah menyembunyikan perbuatan yang merugikan adalah lebih menguntungkan kerajaan dan parti dalam jangka panjang?

11. Maaf kan saya dengan jawapan ini. Saya lebih banyak menyebut Juham dari Dato Wan kerana saya dapat mencium surat Dato mungkin dikarang oleh orang lain bagi pihak Dato. Saya percaya, jika ia karangan Dato, gayanya lebih anggun.

12. Ayat dalam para terakhir : 'Saya bersedia untuk merintis jalan bagi mengatur perjumpaan...' menunjukkan jemputan kepada saya masih dalam peringkat percubaan.

13. Apa pun, saya bersedia InsyaAllah.

14. Pada masa yang sama, saya menunggu tindakan Juham dalam isu-isu yang telah saya bangkitkan.

Salam Juma'at. Semoga keadilan, kesaksamaan  dan kebenaran dapat menjadi tujuan kita bersama.

Saya sudahi dengan WalhamduliLlah, 'ala kulli hal.

Husam Musa

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger