Tidak ada salahnya dari sudut syarak dan akal mewujudkan dua atau lebih jamaah / parti politik Islam dalam sesebuah negara untuk saling bekerjasama dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain dalam usaha memartabatkan Islam.
Jika seseorang kurang selesa dgn jamaah / parti A, dia boleh memilih jamaah / parti B atau C.
Jika jamaah / parti Islam A tak boleh bekerjasama dengan DAP misalnya, biarlah jamaah / parti Islam B yang buat.
Urusan Islam adalah urusan umat yang sangat besar yang tak boleh
dipikul oleh satu kumpulan sahaja. Juga, tidak boleh ada kumpulan yang
mendakwa hanya kumpulan dia sahaja yang layak memikul tugas Islam.
Islam akan lebih mudah tersebar apabila lebih banyak tenaga yang memikul dan menyebarkannya.
Nabi memanfaatkan semua orang utk menyebarkan Islam. Orang ternama spt Abu Sufyan dan hamba seperti Bilal, orang gagah seperti Umar dan orang penyantun seperti Uthman, orang kaya seperti Abdul Rahman bin Auf dan orang miskin seperti Ibnu Mas'ud, orang Islam seperti Khadijah dan orang kafir seperti Abu Talib.
Itulah kedudukan parti Islam baru dalam dakwah dan politik Malaysia.

0 ulasan:
Catat Ulasan