Home » » Anak Muda Usah Ulangi Kepercayaan Khurafat Umno Bn

Anak Muda Usah Ulangi Kepercayaan Khurafat Umno Bn

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Ogos 2015 | 2:09 PTG

Oleh Muhammad Faiz Fadzil


Khurafat yang sering ditanam dalam pemikiran orang tua dahulu adalah hanya UMNO sahaja yang boleh membela nasib bangsa Melayu. Mereka terus menerus memilih UMNO BN walaupun kezaliman, penyelewengan dan ketirisan dana awam berlaku sejak dahulu lagi. Hutang negara yang mencecah RM700 bilion bukan dikumpul sekelip mata tetapi berdekad sepanjang pemerintahan UMNO BN.

Kini anak muda harus sedar akan kesilapan ini. Anak muda yang berilmu dan berpengetahuan tidak boleh lagi percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti ini.

Sedarlah anak muda bahawa 'Aku janji' UMNO BN untuk membina 30% ekuiti Melayu dalam ekonomi negara masih jauh untuk ditunaikan walau telah dijanjikan puluhan tahun dahulu. Ya, memang kelihatan ramai melayu memiliki banglo besar dan memandu kereta mewah, tetapi golongan ini hanya segelintir sahaja yang mana sebahagian daripada mereka mendapat manfaat daripada hubungan projek-projek kerajaan.

Kenapa 40% pendapatan isi rumah Melayu masih di bawah RM 2000 sebulan, 60% kelulusan pendidikan anak melayu hanyalah SPM dan anak Melayu yang banyak terlibat dalam kes-kes jenayah di mana kejadian di Plaza Low Yatt mencerminkan sisi sosiomoral mereka.

Ketirisan dana awam, daya saing ekonomi yang lemah, jurang kemudahan pendidikan antara bandar dan luar bandar, elemen korupsi dan kronisme dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan, kekurangan pendedahan perniagaan, skil teknikal dan peluang pekerjaan yang tidak sekata antara punca ekonomi Melayu masih ketinggalan.

Perubahan harus dibuat ke atas perkara dasar dan sistem. Harapan Baru akan memacu perubahan ini. Gembelengkan segala kepakaran dan tenaga anak muda yang ada bagi mengubah nasib dan masa depan rakyat Malaysia secara total dan saksama termasuk anak Melayu.

~FAIZ FADZIL~
Pengarah Komunikasi
Anak Muda Harapan Baru

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger