Home » , » Ada undang dibalik batu.....

Ada undang dibalik batu.....

Written By Wadah Baru on Isnin, 8 Ogos 2016 | 8:04 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Naib presiden parti agama Mohd Amar Nik Abdullah kata partinya yakin dapat pertahan kerajaan peninggalan Nik Aziz.

Atas keyakinan itu juga juga katanya parti dia tak akan bekerjasama dengan Amanah. Amanah yang tergila2 nak berundi dengan partinya kerana harapkan diberi beberapa kerusi.

Dalam pada itu Nik Amar meralat semula kata2 egonya sebelum ini mengenai PKR. Satu masa dia pernah mengatakan PKR tidak ada sambutan di Kelantan. Tetapi hari ini mengakui yang parti Anwar Ibrahim itu masih mesra dengan partinya. Kenapa ubah cakap tu, apakah Nik Amar sudah tahu langit tinggi rendah apabila saat-saat sarakatulmaut sudah hampir menjelma?

Saya nak ingatkan di sini kepada PKR jangan percaya sangat dengan kata-kata lunak Nik Amar itu. Sebagai orang politik dia masih bersifat politik. Kalau benar parti Nik Amar baik dan mesra dengan PKR, kenalah layan PKR dengan baik. Kenapa buktikan dengan perbuatan bukan kata2 muluk2.

Apa-apa ghanimah yang kena bahagi mengikut pesentaj, kena buat Segera. Misalnya kerusi jangan berikan kerusi2 yang lemah dan nak kalah kepada PKR. Cara itu tidak adil. Berilah kerusi berpotensi dan wakil PKR juga perlu dilantik jadi Exco.

Saya bimbang dengan sikap ahli parti agama ini berdasarkan apa yang berlaku dalam parti itu sendiri, dia berbuat baik dengan mana2 pihak kerana ada kepentingannya. Ada undang dibalik batu.

Kita tidak mahu PKR di Kelantan dalam konteks membantu parti agama pertahankan kerajaanya, jadi seperti budaya yang dihimpun oleh Kancil kerana nak seberang sungai. Buaya ditipu hidup2 oleh Kancil.

Lepas kancil berjaya seberang sungai dia tinggalkan buaya begitu sahaja tanpa diberi apa-apa upah.
Kita percaya PKR Kelantan bukan sebagharal budaya mudah percaya bila dibawa sirah Nabi Sulaiman a.s? Trims.

3 ulasan:

  1. hahahaahaha bijak bijak sayuti kita,,,, kalau diorang sengaja menggelar PAN dan takmau mengakui nama AMANAH,,, maka kita gelarkan PAS itu parti AGAM,,,, setuju setuju

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger