Home » , » Mufti perlu sedar rakyat mahu lebih, bukan setakat haramkan Pokemon Go

Mufti perlu sedar rakyat mahu lebih, bukan setakat haramkan Pokemon Go

Written By Wadah Baru on Ahad, 7 Ogos 2016 | 4:01 PTG

Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN 

Apabila netizen kritik (hentam?) mufti dalam isu Pokemon Go (PG), bukan bermakna mereka benci mufti, hina mufti atau pertikai wibawa mufti.

Mungkin ada yg guna kalimah yang keras, tapi bagi mereka kalimah itu masih lembut. Macam orang negeri tertentu yg sebut 'celake engko' kepada kawan yang lama tak jumpa.

Apabila mufti dikritik, itu adalah gambaran rakyat yg mahu lebih daripada mufti, daripada sekadar bercakap isu PG.

Ya, kajian tentang PG akan jadi precedent kepada pelbagai isu serupa selepas ini, tapi bagaimana dengan isu lain yg lebih menyesakkan hidup rakyat yg sepatutnya dikeluarkan fatwa untuk jadi precedent juga?

Pegawai kerajaan (termasuk mufti) mungkin tidak terkesan sangat dengan tekanan hidup harian seperti marhaen yang bukan pegawai kerajaan. Walaupun kononnya mereka mengaku faham, hakikatnya mereka tak faham pun.

Sebab itu, rakyat nak dengar mufti bersuara lebih serius bagi pihak mereka dalam isu penyelewengan yang berlaku.

Kisah ulama dulu angkat jubah bimbangkan darah rakan mereka terpercik kerana bakal dipenggal kepala oleh penguasa zalim janganlah jadi bahan kuliah saja, tapi rakyat nak tengok ianya menjadi praktik.

Bukan darahnya, tapi semangat, keberanian, sanggup hilang kedudukan dan banyak lagi.

Ada orang bukan agamawan sanggup dipecat, letak jawatan kerana nak lawan penguasa zalim, takkan agamawan nak lawan penguasa zalim dengan begitu-begitu saja?

Rakyat nak dengar suara mufti dlm isu 1MDB, isu GST, isu peralat agensi kerajaan untuk kekalkan kuasa, isu pecat orang yang gigih bekerja untuk rakyat dan banyak lagi.

Kami orang awam dah tahu, kamu orang alim, pandai guna dalil, pandai cakap Arab, ada PhD, bijak maqasid syariah, mahir usul fiqh, tapi janganlah gunakan semua itu untuk tentukan hukuman untuk rakyat marhaen saja. Gunakan semua kepakaran itu utk nyatakan juga hukuman dan fatwa kepada penguasa bobrok.

Penguasa bobrok tak 'main' PG, depa main jet mewah, hartanah mewah, rumah agam, hutan balak. Jadi kalau PG rosakkan kehidupan, benda yg penguasa bobrok 'main' lebih merosakkan kehidupan. Mengapa tiada fatwa?

Rakyat akan sayang mufti jika mufti sayangkan mereka.

Tapi penguasa bobrok akan sayang mufti kalau mufti tutup mulut dgn kejahatan mereka.

Terpulanglah kpd mufti, nak jadi mufti yang rakyat sayang atau yang Najib, Rosmah dan Reza sayang.
Mufti lebih tahu sebab mereka alim.
Kami, rakyat orang jahil je, tak hafal dalil pun...!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger