"Biasa la Ustaz, politik macam tu la...." ulas seorang pemimpin pertengahan sebuah parti Islam di
Kedah bagi mengulas ribut kepimpinan Kerajaan negeri Kedah sehari dua ini.
'Politik macam tu la' adalah gambaran bahawa politik adalah proses tawar menawar untuk kuasa dan politik bukan persoalan prinsip dan maruah anak bangsa.
Politik Kedah boleh berlaku 'macam2' sekiranya Mukhriz dapat pertahan sokongan dari 3 ADUN Kedah, tetapi mana ada 'politikus' UMNO yang berpolitik kerana prinsip dan maruah, mereka hanya 'bermain' politik untuk masa depan mereka.
Dan lebih malang lagi, apabila ada pemimpin parti Islam yang menerima
'nilai' yang salah terhadap politik, politik hanya pentas cari makan.
Kita sudah kurang 'politikus' yang berjuang kerana prinsip dan maruah, yang banyaknya adalah 'makhluk politik' yang berpolitik untuk diri dan anak beranak dia.
Ayuh bersama kami untuk melakukan reformasi dalam budaya politik di Malaysia.

0 ulasan:
Catat Ulasan