Home » , » Dunia kata Najib salah, tetapi Malaysia kata tidak – Guan Eng

Dunia kata Najib salah, tetapi Malaysia kata tidak – Guan Eng

Written By Wadah Baru on Selasa, 26 Januari 2016 | 11:19 PTG

KUALA LUMPUR: Pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan
Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd dan wang derma politik RM2.6 bilion tidak mengejutkan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyatakan keputusan Mohamed Apandi itu memberi gambaran bahawa beliau tidak menjalankan tugasmya sebagai Peguam Negara dengan bebas.

“Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara,” kata ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata, beliau akan meneliti teks Peguam Negara dan jika perlu, satu usul akan dibawa di Parlimen.

“Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian. Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah,” katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan, beban kini terletak di bahu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

“Tidak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan Peguam Negara itu tidak meyakinkan.

“Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima,” katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger