PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan
pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang
bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.
Lajim yang ditemui pemberita di RoS di sini hari ini selepas menerima
sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan
akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan Patrick Sadom selaku pengerusi
penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada RoS pada 14
September lepas.
Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah
Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti
yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.
Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80% ketua cabang serta pimpinan PKR
negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi
tonggak kepada parti baharu itu.
Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.
Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan ahli Majlis
Tertinggi Umno dan pernah menjawat jawatan sebagai timbalan menteri
kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.
Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah lulus di RoS
Written By Wadah Baru on Rabu, 26 Oktober 2016 | 3:09 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan