Oleh BORHAN AHMAD
Walaupun tidak mendapat sokongan majoriti
pimpinan Pas Pusat agar pertandingan 'satu lawan satu' berlaku dalam
pilihan raya umum akan datang, cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man kini mula mendapat sokongan pimpinan parti itu.
Ia dimulakan oleh naib presiden yang juga timbalan menteri besar
Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan
dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa
menyarankan, parti pembangkang supaya berusaha mencari formula
pertandingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Mustafa berkata,
berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat,
pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan
kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.
"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.
"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus
melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan
rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas,
Harakahdaily.
Menurutnya, untuk mewujudkan pertandingan 'satu
lawan satu' melawan BN itu, tidak semestinya parti-parti pembangkang
berada dalam satu gabungan sahaja sebagaimana yang ditunjukkan pada
beberapa siri PRU yang lalu.
Beliau menambah, oleh kerana PRU14
dijangka berlaku lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya pada 2018
nanti, maka parti-parti pembangkang perlu berusaha mencari formula
tersebut.
"PRU14 dijangka diadakan tidak lewat daripada 2017,
maka parti pembangkang mesti berusaha mencari formula pertandingan 'satu
lawan satu' menentang BN. Inilah prioriti parti-parti pembangkang
sekarang," ujarnya yang menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk
Mohd Amar Abdullah berhubung perkara itu.
Harakahdaily sebelum
ini menyiarkan saranan Mohd Amar yang berkata perlu ada 'under standing'
kalangan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini dalam misi
menafikan penguasaan BN.
Katanya status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini hendaklah dikekalkan biarpun tiada pakatan pembangkang seperti dahulu.
“Apabila pembangkang mempertahankan status quo lama kita dapat fokus
untuk berdepan satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti.
“Kalau ada kalangan pembangkang yang berminat untuk mengacau kerusi
seperti dipertahankan sebelum ini, ia boleh memberi kemenangan lebih
mudah kepada BN,” katanya di Kota Bharu.
Mustafa Ali sokong
cadangan Tuan Ibrahim.Mustafa Ali sokong cadangan Tuan Ibrahim.Mustafa
menambah, rakyat sekarang semakin tertekan akibat penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa oleh Umno BN yang terus memerintah dengan beberapa
isu seperti 1MDB, GST dan sebagainya.
Katanya, bukan sahaja
golongan marhaen seperti petani, nelayan, peniaga kecil dan lain-lain
yang sengsara akibat pengurusan ekonomi negara yang pincang, bahkan
masalah pengangguran termasuk dalam kalangan lepasan universiti yang
berjumlah puluhan ribu turut terkesan.
"Ini adalah kesan yang
sangat parah kerana tidak ada pengurusan ekonomi dan good governance
dalam negara yang diperintah Umno BN sekarang," ujarnya lagi.
Sikap Pas yang mahukan 'satu lawan satu' jelas kelihatan selepas calon
Pas kalah teruk di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala
Kangsar.
Sebelum ini, cadangan Tuan Ibrahim agar genjata senjata
di antara pembangkang dibuat untuk membolehkan 'satu lawan satu'
berlaku dalam pilihan raya lalu ditolak presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Ini kerana, kata Hadi, tidak perlu genjatan senjata kerana tidak ada peperangan berlaku.
"Tidak ada genjatan senjata (gencatan serangan). Kita berdialog,
berbahas, berhujah secara demokrasi dengan semua pihak. Tidak ada dan
tidak timbul genjatan senjata," kata presiden Pas dalam wawancara dengan
media di Alor Setar itu.
Beliau menyalahkan laman web khasnya
Malaysiakini yang kononnya tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan dari
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu.
"Kita perlu baca kenyataan
timbalan presiden dalam Harakahdaily bukan dalam Malaysiakini.
Malaysiakini memetik separuh sahaja tidak ambil semua. Yang ambil semua
dalam Harakahdaily. Kalau baca separuh saja tidak adil," kata Hadi dalam
sidang media itu.
Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat selepas kenyataan Tuan Ibrahim juga tidak membuat seberang pendirian.
Hanya Tuan Ibrahim sahaja membuat kenyataan dengan berkata, "Itu pendirian pribadi saya."
Satu lawan satu: Tuan Ibrahim mula dapat sokongan dalam Pas
Written By Wadah Baru on Ahad, 7 Ogos 2016 | 8:57 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan