Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Bharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata jalan terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membuktikan dirinya memiliki kepercayaan ahli Umno ialah dengan mengadakan semula pemilihan parti yang sebelum ini ditangguhkan.
Aku secara peribadi bersetuju dengan kenyataan Datuk Aziz tu malah aku pernah menulis berkaitan perkara itu sebelum ni.
Bagi aku, bukan pemilihan Umno sahaja yang perlu diadakan, jauh lebih dari itu ialah pilihanraya umum negara. Najib sewajarnya memohon membubarkan Parlimen dan menyerahkan kepada pengundi Malaysia bagi membuktikan dia dan UMNO/BN masih mendapat kepercayaan Malaysia.
Ini lebih penting kerana yang menanggung beban dan derita sekarang bukan sahaja ahli Umno tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Kembalikan hak kepada pengundi untuk membuat keputusan siapa yang lebih layak mentadbir negara.
NAJIB MESTI BUBAR PARLIMEN!
Kembalikan hak kepada pengundi untuk membuat keputusan siapa yang lebih layak mentadbir negara.
NAJIB MESTI BUBAR PARLIMEN!
0 ulasan:
Catat Ulasan