Home » , » Harapan Baru sambut baik saranan 'bersatu' Selamatkan Malaysia

Harapan Baru sambut baik saranan 'bersatu' Selamatkan Malaysia

Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 Ogos 2015 | 3:01 PTG

Oleh SALAHUDDIN HJ AYUB 


1. Dua minggu lalu saya telah membuat kenyataan bahawa Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha menyelamatkan negara.

2. Ketika ini, situasi politik, ekonomi dan sosial negara dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan dengan kehidupan seharian mereka.

3. Hari ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan harapan sama, agar semua parti pembangkang bersatu untuk tujuan sama. Beliau mahu parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

4. Mewakili Harapan Baru, saya menyambut baik cadangan yang dilontarkan beliau itu, yang senada dengan apa yang telah kami suarakan sebelum ini.

5. Bagi pihak Harapan Baru, kami telah mengadakan pertemuan dengan NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh dan institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat ini.

6. Harapan Baru juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan yang menyakinkan untuk HB muncul sebagai parti baru bagi merealisasikan kewujudan Pakatan Rakyat 2.0.

7. Harapan Baru sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi Harapan Baru (HB)

www.harapanbaru.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger