Home » » Bersatulah Demi Rakyat Dan Malaysia Tercinta.

Bersatulah Demi Rakyat Dan Malaysia Tercinta.

Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 Ogos 2015 | 1:49 PTG

OLEH DATO' MAHFUZ OMAR

1. Saya menyambut baik saranan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar Parti-Parti Pembangkang kembali duduk semeja untuk mencari titik persamaan dan mengurangkan titik perbezaan.

2. Gesaan supaya Parti Pembangkang kembali bersatu tentunya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang mengharapkan perubahan politik negara yang sedang berdepan dengan krisis kepercayaan terhadap kerajaan Umno Bn yang gagal melindungi kepentingan negara dan rakyat.

3. Saya percaya saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim tidak lah bercanggah dengan keputusan Muktamar PAS yang ke 61 serta keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan hubungan dengan parti pembangkang iaitu DAP serta perang mulut di media antara pimpinan PAS dengan PKR dan DAP dan Kenyataan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Harun Din yang PAS sedia memutuskan hubungan dengan PKR jika PKR bersama DAP dan GHB membentuk Pakatan baru PR 2.0.

4. Cadangan dan saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim tidak harus dilihat sebagai proses pusingan U yang dilakukan selepas Muktamar dan keputusan Majlis Syura. Tetapi semua orang perlu melihat saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim ialah gambaran pengorbanan besar PAS menelan apa yang terjadi demi Malaysia dan harapan rakyat untuk kewujudan Malaysia Baru yang adil dan dilindungi Allah.

5. Sebagai Ahli Parlimen PAS saya mengharapkan kepada semua pihak samada parti parti pembangkang mahu pun NGO dan individu agar berlapang dada dan berjiwa besar untuk penuhi harapan rakyat yang mengharap pembelaan dan mendahulukan kepentingan Malaysia yang perlukan perlindungan dengan kembali ke meja perbincangan dan perundingan.

 Hormatilah kewujudan setiap kumpulan dalam masyarakat Malaysia untuk turut sama menyumbang dan melakarkan wajah baru politik Malaysia.

"SELEMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA."
DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Ogos 2015/23 Syawal 1436H

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger