Penyelamat parti, atau seorang Judas? Itulah soalan yang mungkin ditanya berhubung bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Kini ramai mengangkatnya menjadi
wira dan ada juga menyifatkannya sebagai pengkhianat. Tetapi bekas TPM
itu tentulah tidak asing dengan kontroversi politik, sesuai dengan
pengalamannya sebagai politikus veteran Umno.
Bukankah beliau yang ‘menikam’
belakang bekas perdana menteri Abdullah Badawi, ketika perdana menteri
Najib Razak mengetuai ‘kudeta’ politik pada 2008-2009?
Sama seperti waktu itu, Muhyiddin kini mengetuai suara-suara penentangan terhadap kepimpinan Umno yang tidak popular.
Anda boleh memanggilnya ‘kudeta’
dalaman. Walaupun kita sedang bercakap tentang muslihat politik
Machiavelli, bukannya sesuatu yang lebih licik.
Najib menggantikan Pak Lah dan
menjadi perdana menteri, selepas memaksa beliau berundur dalam mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno. Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin dikatakan
mewakili kem Najib memberikan kata dua kepada Pak Lah.
Ironinya, kini giliran Najib pula
untuk berhadapan penentangan dalaman Umno, sama seperti ketika beliau
mengetuai penentangan untuk menggantikan Pak Lah.
Dan barangkali untuk mengelakkan
penentangan dan pengunduran memalukan yang serupa daripada berlaku,
Najib telah menangguhkan pemilihan parti dan mesyuarat majlis tertinggi,
satu langkah yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan
“penakut”.
Apa-apa pun, Muhyiddin nampaknya sekali lagi menjadi penggerak.
Adakah Muhyiddin seorang Judas
bersiri?
Seorang yang sentiasa cenderung untuk berpakat dan merangka kejatuhan politik pemimpin partinya?
Seorang yang sentiasa cenderung untuk berpakat dan merangka kejatuhan politik pemimpin partinya?
Lagak seorang Brutus, yang ditakdirkan untuk mengkhianati semua yang mendambakan sokongannya.
Apatah lagi, Muhyiddin adalah
seorang panglima perang tradisi Umno yang memiliki potensi dan tapak
sokongan untuk menjadi dalang politik. Muhyiddin tokoh yang boleh
menawarkan sokongan sebagai pertukaran.
Selaku broker kuasa, menjadi Judas adalah perkara biasa bagi seorang ‘makhluk politik’ sepertinya.
Atau adakah Muhyiddin lebih
sekadar itu? Barangkali beliau memang seorang tokoh parti setia, yang
akan bertindak demi menyelamatkan parti daripada pimpinan yang tidak
disukai.
Barangkali beliau adalah
penyelamat mulia yang telah membantu menyingkirkan Abdullah yang
‘tidur’, dan kini bergerak untuk menyingkirkan Najib yang ‘bisu’.
Barangkali beliau adalah seorang ahli parti yang setia yang sanggup
membuat apa yang diperlukan untuk menyelamatkan parti daripada
kepimpinan yang bermasalah.
Mungkin sukar untuk membezakannya, kerana sebagai seorang politikus, motif Muhyiddin barangkali bukanlah baik sangat.
Tetapi kesetiaannya terhadap parti yang dianggotainya sekian lama itu memang tidak perlu dipersoalkan.
Maka, mungkin kedua-dua aspek itu –
penyelamat dan Judas – ada dalam dirinya. Seorang ahli setia yang mahu
menyelamatkan parti dengan bertindak ketika saat memerlukan, serta
‘makhluk politik’ yang oportunistik yang sedia untuk menerjah.
Sama ada penyelamat atau pun Judas, Muhyiddin pastinya seorang tokoh penting dalam saga politik yang kini berlaku di Malaysia.
Muhyiddin adalah pemain utama dan
perlu diperhatikan. Kerana walaupun beliau mungkin bukan penggerak
utama, beliau adalah salah seorang yang memainkan peranan utama bagi
perubahan politik di Malaysia.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com
0 ulasan:
Catat Ulasan